SKSG INFORMATION BOARD : Selamat bercuti kepada semua pelajar .Jaga SOP dan jaga kesihatan.Jumpa lagi dalam PDPR pada 20 Sept 2021..

Thursday, January 2

Hari Pertama Persekolahan Tahun 2020

Hari pertama persekolahan sessi 2020 dimulakan dengan perhimpunan rasmi.Semua pelajar hadir dengan semangat baru dalam keadaan ceria dan bersemangat untuk memulakan sessi persekolahan baharu dengan azam baharu.Guru besar , Encik Azron Bin Suradi menyampaikan ucapan ringkas kepada semua guru, pelajar dan ibubapa tentang perjalanan perancangan sekolah bagi sessi 2020. Guru besar berharap agar semua pihak dapat memberikan komitment terbaik demi kelansungan kecemerlangan sekolah agar sentiasa memastikan pencapaian sekolah dapat dikekalkan dan ditingkatkan dengan pencapaian yang lebih baik. Hari pertama persekolahan juga telah dilancarkan "Program Jom Ke sekolah " oleh pegawai seranta sekolah iaitu Saran A.Samad dari IPD Kuala Selangor.Diharapkan kepada semua warga sekolah dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan terbaik demi melahirkan modal insan terbaik untuk mewarisi kepimpinan negara pada masa hadapan.

Cadid sepanjang hari pertama persekolahan sessi 2020

Guru Besar sedang menyampaikan ucapan




Murid-murid sedang khusyuk mendengar ucapan

Kehadiran pegawai seranta sekolah


Barisan ibubapa/penjaga yang hadir sedang mendengar taklimat


Sarjan A.Samad sedang menyampaikan taklimat "Program Jom Ke Sekolah 2020"

No comments:

Post a Comment

Mesyuarat Agung PIBG 2020

M esyuarat Agung PIBG kali ke -38, Sk Seri Gambut telah diadakan dengan jayanya pada 29 Februari 2020. Mesyuarat pada asaln...