SKSG INFORMATION BOARD : Selamat bercuti kepada semua pelajar .Jaga SOP dan jaga kesihatan.Jumpa lagi dalam PDPR pada 20 Sept 2021..

Monday, March 19

Perkemahan Unit Uniform 2018


Unit Ko-kurikulum  telah mengadakan Perkemahan Unit beruniform pada 17 & 18 Mac 2018. Perkhemahan telah diadakan di Impiana Resort , Ulu Langat, Selangor.Seramai 40 orang perserta terlibat dari Badan beruniform Tunas Kadet Remaja (TKRS) dan Pengakap.  

MATLAMAT:

Antara matlamat program ini ialah seperti berikut:
  1. Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama-sama rakan dan jurulatih.
  2. Mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari disekolah bersama-sama unit masing-masing di dalam hutan.
  3. Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
  4. Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktivti yang berfaedah.
  5. Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan.
  6. Menanam sifat ingin berdikari dalam kahidupan seharian dan berfikiran matang.
 OBJEKTIF:

 Pada akhir program ini para peserta akan dapat:
  1. Meluahkan rasa syukur dengan alam kurniaan yang Maha Esa.
  2. Bermalam di dalam khemah bersama-sama rakan/kumpulan masing-masing.
  3. Berdikari melalui kerja individu seperti  mengurus diri sendiri.
  4. Menyatakan rasa seronok dengan aktiviti seperti aktiviti kumpulan, membina ikatan , jungle tracking, dan merentas halangan 
  5. Candid sepanjang aktiviti :

    Taklimat awal oleh Cikgu Khairul Anuar
    Aktiviti ikatan oleh Cikgu Saniah
    Peserta sedang membuat ikatan dalam kumpulan
    Aktiviti membuat mini gadjet dalam kumpulan



    Acara berkubang hari pertama


    Solat berjemaah & tazkirah


    Acara LDP


    Peserta sedang membentangkan dapatan dari kumpulan masing-masing


    Acara menguji adrenalin perserta & guru bermula

    jangan risau kami tak pancit punye

    semput semua guru baru di garisan permulaan


    Menikmati keindahan flora dan fauna ciptaan Pencipta
Jangan pertikai kebolehan kami ye..


Baru melepasi stage one..horeyyyy
cam ni ke cikgu..?




tengok saya turun dengan sebelah tangan je..power x?


Haji Leman dengan gaya tersendiri menuruni lurah paling curam

PK Koko hampir hilang nyawa untuk melepasi halangan paling menguji adrenalin peserta
Cikgu Saniah sedang menahan nafas agar tidak tergolek kebawah
Semue peserta selamat sampai dan disambut oleh Tuan Guru Besar digarisan penamat

Ucapan perasmian penutup oleh Tuan Guru Besar En. Azron Suradi

Peyampaian hadiah kepada semua pemenang dalam aktiviti yang telah dijalankan




Peserta dan guru-guru pengiring bergambar kenangan selepas selesai acara penutup

Semua barisan AJK pelaksana Program Perkhemahan Badan Beruniform SKSG 2018 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.Pihak penganjur ingin memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang menjalankan aktiviti di Impiana Resort. Terima kasih semua.

Mesyuarat Agung PIBG 2020

M esyuarat Agung PIBG kali ke -38, Sk Seri Gambut telah diadakan dengan jayanya pada 29 Februari 2020. Mesyuarat pada asaln...