SKSG INFORMATION BOARD : Selamat bercuti kepada semua pelajar .Jaga SOP dan jaga kesihatan.Jumpa lagi dalam PDPR pada 20 Sept 2021..

Profile

         

NAMA SEKOLAH :  SK SERI GAMBUT


KOD SEKOLAH    : BBA3019


ALAMAT PENUH  : SK SERI GAMBUT
                               JALAN TERUSAN BESAR
                               455OO TANJONG KARANG
                               SELANGOR
TELEFON/FAX     :  03-32690300


EMAIL                  : BBA3019@moe.edu.my


BLOG                  : www.skserigambut-sksg.blogspot.com

Sejarah Sekolah

       Nama asal SKSG ialah Sekolah Teluk Penyamun. Nama ini adalah bersempena dengan teluk yang terdapat pada Terusan Sungai Tengi.
      Setelah Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sekolah ini telah ditadbir oleh Kerajaan Pusat. Nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Umum Headwork. Pertukaran ini adalah berdasarkan kepada kedudukannya yang hampir dengan pintu kerja air yang sekarang lebih dikenali sebagai Ibu Ampangan Sungai Tengi. Lagipun nama Kampung Teluk Penyamun telah ditukar menjadi Kampung Seri Gambut atau Headwork. Pertukaran nama kampung ini adalah kerana terdapat sebuah lagi Kampung Teluk Penyamun yang terletak di Kawasan Kuala Selangor Selatan.
     Pada tahun 1960, Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah, En. Mansor telah bermesyuarat di Kedai Ijom bersama-sama dengan AJKnya telah bersetuju untuk mengubah nama sekolah Umum Headwork kepada Sekolah Kebangsaan Seri Gambut. Pada tahun yang sama juga, permohonan pertukaran nama sekolah telah dimajukan kepada Pejabat Pelajaran Negeri dan telah diluluskan dengan no.pendaftaran: 182.bil.6 dlm.PP.Sel.5328(M)/122.


MOTTO

Sepakat Kita sekolah Gemilang

VISI 

Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara

MATLAMAT 

Usaha berterusan ke arah pembentukan insan yang berilmu, berdaya saing, berketrampilan & berbudaya

 PIAGAM PELANGGAN
     
Kami guru, kakitangan sokongan serta semua warga Sekolah Kebangsaan Seri Gambut berazam dengan penuh tekad untuk:

1. Meningkatkan kecemerlangan akademik (UPSR) ke tahap maksimum.

2. Membentuk sahsiha pelajar berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang selaras dengan FPN.

3. Sedia membantu pelajar dari segi moral & material.

4. Membimbing dan mengembangkan potensi pelajar selaras dengan minat dan kebolehan ke arah kerjaya dan masa depan mereka.

5. Mewujudkan suasana kerja berpasukan dan setiakawan dikalangan warga sekolah.

6. Melaksanakan segala khidmat dan tanggungjawab dengan penuh ikhlas di samping mengharapkan keredhaan Allah.


7. Perkhidmatan yang baik dan mesra kepada setiap pelanggan.

8. Memberi kerjasama kepada setiap ahli komuniti.

9. Memberi maklaum balas kepada semua surat arahan dari " stakeholder" dengan kadar segera. 


Lagu Sekolah

Sekolah kami yang tercinta
Berusaha dan terus berjaya
Menuntut ilmu pelita hati
Itulah SKSG

Berdisiplin dan berusaha
Patuh Rukun Negara
Jadi rakyat yang sempurna
Maju ke puncak jaya

Sekolah kami yang tersayang
Lahirkan insan yang cemerlang
Putera dan puteri
Berakhlak berilmu
Kami generasi baru

Mesyuarat Agung PIBG 2020

M esyuarat Agung PIBG kali ke -38, Sk Seri Gambut telah diadakan dengan jayanya pada 29 Februari 2020. Mesyuarat pada asaln...