KPI
UNIT HEM
1.
Memastikan semua pelajar mendapat manafaat daripada peluang
yang telah diperuntukan dalam PIPPM (PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA)
2.
Memberi layanan yang adil kepada semua pelajar dan
memastikan kebajikan pelajar terjamin.
3.
Melestarikan pembangunan modal insan dalam melahirkan
pelajar yang berketrampilan dari segi akhlak, ilmu dan kepimpinan.
4.
Membentuk pelajar yang lebih berdisiplin agar dapat
melahirkan suasana persekitaran yang lebih harmonis, mesra dan selesa.
PIAGAM PELANGGAN HAL
EHWAL MURID
BERJANJI AKAN
MEMASTIKAN:
- LAYANAN MESRA KEPADA IBUBAPA/PENJAGA MURID YANG MEMERLUKAN TINDAKAN SUSULAN KE ATAS PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN.
- MEMPERLUASKAN PERMOHONAN YANG LAYAK, LENGKAP DAN MEMENUHI SYARAT BAGI SEMUA URUSAN KEBAJIKAN PELAJAR.
- MENDAPAT MAKLUMAT LENGKAP DARI KAKITANGAN KAMI BERKAITAN PELAJAR DENGAN KADAR SEGERA.
4.MERASA PUAS DAN SELESA DENGAN KEMUDAHAN YANG ADA SEMASA MENGURUSKAN HAL BERKAITAN PELAJAR.
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
1.PENDAHULUAN
Pengurusan Hal Ehwal Murid ditakrifkan
sebagai proses sosial yang dibentuk untuk memastikan kerjasama, penglibatan,
campur tangan dan penyertaan orang lain ke arah pencapaian yang berkesan
terhadap sesuatu objektif yang ditetapkan. Ia melibatkan sikap, akademik dan
peribadi semua golongan dan peringkat umur di sekolah.
Pengurusan
murid merupakan suatu bidang yang penting di sekolah. Ia dilaksanakan dengan
menggunakan kaedah yang tersusun untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi
ciri-ciri institusi yang berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Dengan
permintaan dan harapan yang tinggi di kalangan murid dan masyarakat seluruhnya
terhadap kemampuan sekolah, pengurusan sekolah selalu memainkan peranan sebagai
penggerak dan penggalak perubahan mempengaruhi warga sekolah menuju ke arah
kecemerlangan.
2. OBJEKTIF
Sebagai satu bidang pengurusan dan pentadbiran, objektif
bidang Hal Ehwal Murid ialah:-
2.1 Membantu Guru Besar dalam pengurusan
dan pentadbiran sekolah untuk melaksana dan mencapai Dasar Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
2.2 Membantu pihak pentadbir dalam
memainkan peranan sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudah cara,
penyelaras, pengawal dan kaunselor serta menguruskan program Hal Ehwal Murid
untuk keselesaan pengajaran dan pembelajaran.
2.3 Mempertingkatkan disiplin murid-murid
agar semua murid berdisiplin dan berbudi pekerti tinggi menjurus ke “Zero
Defect” iaitu tiada kegagalan dari segi disiplin.
2.4 Membentuk individu supaya seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
2.5
Mempertingkatkan kebajikan murid dan
menerapkan nilai-nilai murni kepada murid.
2.6 Mewujudkan hubungan yang akrab dan
ikram di kalangan murid dalam sekolah dan persekitaran.
3. MATLAMAT
3.1 Membantu dalam perkembangan diri murid
agar berfungsi sebagai individu yang seimbang dengan memupuk semangat berdikari
di kalangan mereka untuk menempuh hidup di hari muka.
3.2 Memupuk
semangat kerjasama dan setia kawan di kalangan guru dan murid.
3.3 Membantu
merancang hidup murid dengan lebih bermakna dan berkesan.
3.4 Memberi dorongan dan motivasi kepada
guru dan murid agar berusaha dengan lebih gigih lagi.
3.5 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
dalam pelbagai bidang dan corak ilmu.
3.6 Memperkembangkan potensi dan kebolehan
murid dan guru ke tahap maksimum.
3.7 Mengembangkan pemikiran yang kreatif
dan kritikal di kalangan guru dan juga murid.
3.8 Membantu murid meringankan masalah yang
dihadapi oleh guru dalam tugas mereka dan murid dalam bidang pelajaran dan
aktiviti di sekolah.
3.9 Menyedarkan
murid tentang pentingnya hidup bermasyarakat.
3.10 Menyuburkan potensi kepimpinan di
kalangan pelajar dengan mencergaskan aktiviti dalam bidang kokurikulum.
4. ASAS
PELAKSANAAN
Perancangan Hal Ehwal Murid
adalah satu-satunya perkara penting dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah.
4.1 Program menyeluruh disusun melibatkan
semua murid dan mereka dikehendaki menyertai rancangan yang diatur oleh
sekolah.
4.2 Segala program pengayaan diri,
perkembangan, pemulihan dan pembaikan diadakan secara individu dan juga dalam
kumpulan.
4.3 Perancangan pengajaran diadakan secara
tersusun dan mengikut peringkat kemajuan murid.
4.4 Program terbuka diadakan secara
tersusun dan mengikut peringkat kemajuan murid.
4.5 Program terbuka diadakan melibatkan
agensi-agensi luar untuk menguruskan bersama bagi menjayakannya.
5. PERANCANGAN
PELAKSANAAN
Dalam merancang program Hal
Ehwal Murid beberapa pertimbangan dilakukan untuk pembangunan dan kemajuan
sekolah.
5.1
Jawatankuasa ditubuhkan dan
ahli-ahlinya terdiri daripada guru dan murid.
5.2
Mengkaji objektif dan kesesuaian
program yang hendak dilaksanakan.
5.3 Rasional program perlu kukuh dan
memberi faedah terhadap pembangunan sekolah, guru dan murid.
5.4 Jenis
dan bentuk program disusun agar digunakan dengan sebaik-baiknya.
5.5 Kemudahan sumber manusia dan fizikal
perlu difikir supaya matlamat program dapat dilaksanakan.
5.6 Kekangan yang menjadi penghalang
perancangan diatasi segera dengan mengadakan alternatif.
5.7
Strategi yang berkesan diatur agar
perlaksanaan program itu berjalan lancar.
5.8
Aktiviti-aktiviti dirancang dengan
tersusun dan berkesan.
5.9 Peraturan
dan prosedur sesuatu itu hendaklah dipatuhi oleh semua peserta.
5.10 Masa untuk menjalankan projek dan tempoh
masa yang sesuai untuk melaksanakan hendaklah berasaskan takwim sekolah.
PERHATIAN : Aktiviti yang disenaraikan di atas
adalah aktiviti yang di dalam bidang tugas UNIT masing-masing. Sekiranya AJK
mempunyai aktiviti lain yang difikirkan sesuai maka ia amat dialu-alukan.
TUGAS UNIT-UNIT HAL EHWAL MURID
TUGAS DAN KUASA LEMBAGA TATATERTIB / DISIPLIN SEKOLAH
1. Menyediakan
peraturan tatatertib murid.
2. Membuat kajian dari masa ke semasa
bagi tujuan menyempurnakan perlaksanaan peraturan tatatertib murid.
3. Membantu
Ahli Lembaga Pengawas melantik pengawas-pengawas.
4. Mengesyorkan
tindakan tatertib/disiplin tertentu atas seorang calon pengawas.
5. Mengadakan mesyuarat peraturan
tatatertib yang dibuat oleh sebarang badan/lembaga dilingkungan sekolah sebelum
dikuatkuasakan.
6. Membantu Guru Besar menimbulkan
semangat kesetiaan dan kekitaan di kalangan murid-murid dan guru-guru.
7. Menerima laporan pengawas, guru-guru
dan seterusnya mengambil tindakan yang sesuai.
8. Bertanggungjawab ke atas imej
sekolah dengan menentukan dan memastikan kelakuan murid-murid itu sesuai dengan
peraturan sekolah dan kehendak-kehendak masyarakat sekeliling.
9. Berusaha menanam semangat patuh dan
taat setia kepada peraturan-peraturan sekolah serta mengamalkan prinsip-prinsip
Rukunegara.
10. Menjalankan
tugas yang diarahkan oleh Guru Besar.
Tugas-tugas guru
disiplin:
1.
Menyelia tugas pengawas.
2.
Menasihati dan bertindak tegas ke atas murid-murid yang
melakukan kesalahan harian seperti datang lewat, berpakaian tidak kemas, tidak
sopan, bising, tidak beratur, merayau-rayau tanpa pas keluar dan pelbagai salah
laku yang di lakukan atau yang di laporkan oleh pengawas.
3.
Mencatat kes-kes disiplin ke dalam
rekod disiplin.
4.
Berbincang dan melaporkan kepada GPK
HEM kesalahan yang serius atau berulang kali.
5.
Mencatat rekod disiplin dan prestasi
pengawas ke dalam fail sulit pengawas.
6.
Menganjurkan kursus kepimpinan pengawas.
7.
Mengawal disiplin murid di kantin pada waktu rehat.
8.
Mewujudkan jaringan kerjasama antara guru bertugas mingguan
dan AJK kantin.
TUGAS LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH
1. Menyediakan
perancangan tahunan yang berfaedah dan berkesan.
2. Bekerjasama
dengan Lembaga Tatatertib Murid untuk merangka peraturan-peraturan lembaga
Pengawas Sekolah.
3. Mengawasi
Lembaga Pengawas Sekolah.
4. Menyampaikan
maklumat dan perkembangan disiplin dari laporan Pengawas kepada Lembaga
Tatatertib Murid.
5. Menyediakan
dan mengemukakan calon pengawas kepada Guru Penolong Kanan HEM dan Lembaga
Tatatertib Murid.
6. Menyediakan
dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas pengawas.
7. Membimbing
dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.
8. Mengadakan
kursus kepimpinan dan kesedaran tugas dan tanggungjawab untuk pengawas.
9. Bertanggungjawab
terhadap CITRA (imej) sekolah dengan menentukan dan memastikan perlakuan
pengawas sesuai dengan peraturan sekolah dan kehendak masyarakat sekeliling.
10. Berusaha menanam semangat padu dan
taat setia kepada peraturan sekolah serta mengamalkan Rukun Negara.
11. Menyemai dan menyemarakkan semangat
kesetiaan, keupayaan dan kekitaan di dalam Lembaga Pengawas Sekolah.
12. Merangka aktiviti bagi meningkatkan
tatatertib, tahap kepimpinan dan iltizam pengawas.
13. Menyediakan
Sijil Penghargaan kepada pengawas.
14. Menyediakan
laporan tahunan Lembaga Pengawas Sekolah.
15. Bersedia bertugas dan bekerjasama
dengan Lembaga Tatatertib Murid pada bila-bila masa terutama pada hari-hari
yang difikirkan perlu untuk menguruskan kawalan disiplin murid seperti
(i) Hari
Sukan Sekolah (ii) Hari Guru
(iii) Hari Kanak-Kanak (iv) Majlis-majlis sekolah
16. Melaksanakan arahan dan tugasan lain
yang diberikan oleh Guru Besar atau Pihak Pentadbiran Sekolah dari semasa ke
semasa.
TUGAS JAWATANKUASA
BIMBINGAN
1. Perkhidmatan
Unit Bimbingan (UB) meliputi semua aspek bimbingan iaitu :
(i) Bimbingan Pelajar (ii) Bimbingan Kerjaya
(iii) Bimbingan Sosial (iv) Bimbingan Sahsiah
(v) Bimbingan Psikologi (vi) Bimbingan Pencegahan Dadah
2. Menyediakan
perancangan tahunan yang berfaedah dan berkesan.
3. Menentukan pelaksanaan bimbingan
dapat di perkenalkan dan memberi khidmat kepada murid.
4. Mengelolakan Program Orentasi –
Penerapan budaya sekolah bagi Tahun Satu dan murid-murid yang baru dengan
harapan mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah.
5. Mengelolakan
dan mengurus bilik Unit Bimbingan (UB) secara berkesan.
6. Membentukkan
satu pasukan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
7. Menubuhkan
dan mengelolakan Kelab – Kerjaya.
8. Menyediakan dan memaklumkan jadual
tugas, temujanji dan aktiviti Unit Bimbingan.
9. Menyiasat latar belakang murid dan
jika perlu membuat temujanji atau lawatan ke rumah murid yang menghadapi
masalah.
10. Mengadakan perundingan dengan
murid-murid yang bermasalah dan membuat tindakan susulan bersama ibubapa /
penjaga murid berkenaan.
11. Menyelaraskan hubungan dengan Jabatan
/ agensi luar untuk mendapat khidmat nasihat.
12. Menjalankan
ujian khas untuk mengesan potensi, minat dan sahsiah pelajar.
13. Mengadakan
program khas bagi kumpulan murid yang bermasalah (risiko tinggi).
14. Mengadakan program / kursus motivasi
bagi kumpulan murid yang akan menghadapi peperiksaan UPSR.
15. Mengadakan
program khas pencegahan dadah.
16. Menyediakan
laporan tahunan Unit Bimbingan.
17. Melaksanakan arahan dan tugasan lain
yang diberikan oleh Guru Besar atau Pihak Pentadbir Sekolah dari semasa ke
semasa.
TUGAS AJK SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
1.
Guru-guru SPBT perlu menyemak bekalan
yang diterima agar sama dengan pesanan yang dibuat.
2.
Semua buku SPBT hendaklah dicop di
kedua-dua bahagian dalam kulit buku.
3.
Cop juga bahagian kosong mana-mana
bahagian di dalam buku teks atau buku kerja setiap naskah buku.
4.
Menyimpan dan menyusun buku teks di
dalam stor yang disediakan.
5.
Buku stok perlu dikemaskini oleh guru
SPBT dan diperiksa dari masa ke semasa.
6.
Mengawasi pengagihan dan mengedar
buku-buku bantuan kepada murid-murid yang layak dengan kerjasama Guru Darjah.
Merekod bilangan agihan buku kepada kelas-kelas. Mengawasi murid-murid menjaga
keselamatan buku bantuan. Mempastikan buku-buku dibalut dengan pembalut
plastik.Mempastikan nama murid darjah dan tahun diisi dalam kotak yang
disediakan.
7.
Menerima buku baru dan distokkan.Kemaskinikan bilik buku teks.
8.
Guru SPBT bertanggungjawab menerima dan mengumpul kembali
buku pinjaman pada akhir tahun. Sediakan senarai murid yang tidak memulangkan
buku bantuan.
9.
Bertanggungjawab menentukan buku yang hilang/rosak diganti
dengan buku atau dengan wang tunai.
10.
Memastikan segala maklumat direkodkan ke dalam 9 jenis fail
dan disimpan dengan kemas dan teratur.
11.
Sentiasa berkerjasama dan membantu Guru Besar/GPK HEM dalam
segala hal yang berkaitan dengan buku teks.
12.
Adakan pemeriksaan dari masa ke semasa.
13.
Hapuskira bantuan yang tidak
diperlukan.
- Proses
hapuskira perlu dilaksanakan untuk mengelakkan masalah kesesakan di dalam stor
buku (Buku yang lebih hayat 5 tahun).
- Buku
yang telah rosak dan tidak boleh dipakai lagi dicadangkan untuk lupus mestilah
diasingkan dalam bilangan 10 atau 20 naskhah.
- Setiap
kumpulan diikat dengan rapi dan dilabelkan.
- Bilangan
naskhah yang dicadangkan untuk pelupusan mestilah sama dengan rekod dalam stok
SPBT.
- Mengisi
dan melengkapkan borang hapuskira untuk dikemukakan kepada bahagian kelulusan
hapuskira melalui Jabatan Pendidikan.
- Buku
stok hendaklah dikemaskini apabila hapuskira selesai dilaksanakan.
15. Mengemaskini
semua fail-fail SPBT.
16. Tugas-tugas
tambahan.
17. Menyediakan
Plan Tindakan Aktiviti Tahunan.
TUGAS AJK KANTIN
1. Menjaga
dan mengawal mutu makanan dan minuman kantin.
2. Menjaga
peraturan kantin yang dikenakan adalah dipatuhi.
3. Memastikan barang-barang yang dijual
adalah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran &
Kementerian Kesihatan.
4. Menerima maklumbalas daripada pihak
murid, guru, ibu bapa dan melaporkannya kepada Guru Besar atau GPK HEM terhadap
pengurusan dan penggunaan kantin sekolah.
5. Membantu Guru Besar atau GPK HEM
dalam urusan harian kendalian kantin.
6. Menjalankan kegiatan kempen dan
lain-lain berkaitan dengan kantin sekolah.
7. Bertanggungjawab menjaga kebersihan
dan pengindahan kantin.
8. Mengambil tindakan segera terhadap
masalah yang timbul berkaitan dengan kantin umpamanya keracunan mananan, harga
makanan dan sebagainya.
9. Memastikan supaya murid-murid
sentiasa bersopan dan mengamalkan pekerti yang mulia semasa menggunakan kantin.
10. Pastikan barang-barang makanan tidak
terdedah kepada lalat.
11. Mengawal kebersihan pembantu-pembantu
kantin bila memasak, menghidang, menjual dan sebagainya.
12. Mempastikan pembantu kantin mempunyai
Sijil Kesihatan. Mempastikan sijil-sijil ini dipamerkan.
13. Menyediakan
Plan Tindakan Aktiviti Tahunan.
TUGAS AJK RMT
SEKOLAH
1. Pemilihan murid dan RMT dengan
bantuan guru-guru kelas berpandukan kepada penjaga dan bilangan adik-beradik
yang bersekolah.
2. Menyediakan surat kepada penjaga
murid menyatakan bahawa anaknya menyertai RMT.
3. Memberi taklimat kepada murid RMT
mengapa mereka dipilih menyertai RMT, datang awal, ambil kad RMT.
4. Menyediakan menu berpandukan kepada
menu yang diberikan oleh Kementerian.
5. Menandakan
kedatangan murid RMT.
6. Mengawasi
murid RMT makan di kantin.
7. Membantu
pihak menyediakan makanan.
8. Menyediakan
jadual tugas guru mengawasi murid makan setiap hari.
9. Memastikan semua murid RMT makan. Jika murid tidak hadir pengganti akan
makan pada hari itu.
10. Mengadakan Jadual Kedatangan Murid
untuk penerima RMT dan penggantinya.
11. Mengisi borang maklumat mengenai murid
pada awal tahun dan akhir tahun seperti berat dan tinggi.
12. Membuat
laporan RMT pada pertengahan tahun dan akhir tahun.
13. Mengira bilangan hari RMT seperti
bilangan murid RMT hadir, peratus kehadiran dan lain-lain. Guru RMT
menandatangani buku ini dan diserahkan kepada Guru Besar untuk dilihat dan
ditandatangani.
14. Menyediakan
Plan Tindakan Aktiviti Tahunan.
TUGAS AJK
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDA)
1. Merancang, melaksanakan program PPD
meningkatan sekolah dan peringkat Negeri.
2. Mengadakan
‘Program 5-Min-Anti-Dadah’ sepanjang tahun.
3. Bekerjasama dan sentiasa berhubung
rapat dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah untuk membantu malaksanakan
aktiviti sepanjang tahun (ceramah/pameran, dll).
4. Menyediakan Laporan yang diperlukan
oleh Jabatan Pelajaran Selangor bersama Borang Aduit 1, 2 & 3.
5. Mendokumentasikan
semua aktiviti, laporan, carta dan gambar foto.
6. Menyediakan
Plan Tindakan Aktiviti Tahunan.
TUGAS AJK BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1. Memberikan
khidmat bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid yang memerlukannya.
2. Menganjurkan
program motivasi, bimbingan dan latihan berkaitan dengan pembangunan diri
murid.
3. Menghubungi
ibubapa/penjaga murid yang mempunyai masalah disiplin dan memaklumkan kepada
pihak-pihak berkenaan mengenai hal tersebut atas kebenaran Guru Besar.
4. Menganjurkan
ceramah, pameran dan pertandingan yang berkaitan dengan maklumat kerjaya.
TUGAS AJK KECERIAAN DAN KEBERSIHAN
1. Memastikan
sekolah dalam keadaan bersih dan indah.
2. Membeli,
menyemai dan menanam bunga untuk keindahan sekolah.
3. Menjadikan
sekolah sebagai sekolah dalam taman bagi menimbulkan minat dan rasa kasih murid
terhadap sekolah.
4. Mengadakan
gotong-royong.
5. Melaksanakan
tugas-tugas dan kerja dengan tujuan mengindahkan sekolah disamping memastikan
sekolah dalam keadaan selamat.
6. Membantu
guru-guru bertugas mingguan menilai dan memilih kelas terbersih bagi keceriaan
dan kebersihan kelas.
TUGAS AJK KESIHATAN
1. Mengadakan
ceramah mingguan atau bulanan.
2. Memeriksa
kawasan-kawasan yang telah ditetapkan termasuk tandas dan pam air.
3. Menghantar
laporan setiap minggu kepada setiausaha.
4. Membubuh
ubat jentik jentik sekurang-kurangnya 4 bulan sekali.
5.
Mengadakan kerja gotong royong peringkat sekolah.
6.
Mengadakan kempen atau minggu anti aedes peringkat sekolah.
TUGAS AJK
KESELAMATAN SEKOLAH
1. Membaca, memahami dan melaksanakan
semua arahan yang dihantar oleh PPD, JPN, Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Menyediakan
perancangan tahunan yang berfaedah dan berkesan seperti :
(i) Latihan
Kawad Kebakaran
(ii) Keselamatan lalulintas
(iii) Keselamatan
bangunan dan perabot
(iv) Keselamatan di bilik khas
3. Mendapatkan kerjasama sekolah dengan
pihak polis / polis trafik, bomba JKR / JKR Elektrik, Majlis Daerah Kuala
Selangor.
4. Menggalakkan
skim perlindungan diri kepada murid.
5. Memastikan alat pemadam api
mencukupi dan dalam keadaan sempurna dan berfungsi.
6. Menghubungi Balai Bomba yang
berdekatan bagi melaporkan kebakaran dengan kadar yang segera.
7. Menyelia peta / rajah laluan yang
jelas dan mudah difahami oleh murid untuk menyelamatkan diri dan berkumpul di
tempat yang selamat.
8. Mengadakan latihan kawad kebakaran /
fire drill dari semasa (sekurang-kurangnya 2 kali setahun).
9. Memastikan baldi yang dicat merah
bertulis API, berisi pasir, ada dalam keadaan baik dan siap sedia.
10. Memastikan
sistem loceng kecemasan berfungsi dan difahami.
11. Memastikan dan sentiasa mengawasi
pendawaian elektrik dalam keadaan baik dan selamat.
12. Memastikan peraturan keselamatan bilik
khas seperti Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup ditampal di dalam bilik
berkenaan, bilik darjah dan di dalam buku latihan murid.
13. Meletakkan
tanda amaran “BAHAYA” di tempat-tempat yang merbahaya.
14. Memastikan
lalulintas di kawasan sekolah dan kawasan berhampiran selamat.
15. Merancang pergerakan lalulintas dan
tempat letak kereta pada waktu majlis rasmi sekolah.
16. Menetapkan
laluan tertentu untuk murid bagi mengelakkan kesesakan.
17. Mendapatkan kerjasama polis untuk
mengawal keselamatan lalulintas (jika perlu).
18. Mengurus dan memastikan peti ubat
kecemasan sekolah ada dan mempunyai ubat-ubatan yang diperakui dan mencukupi.
19. Mengambil tahu/mempelajari pertolongan
cemas untuk memberi pertolongan jika keadaan terdesak dan memerlukan tindakan
awal.
20. Menghubungi klinik/hospital yang
berdekatan untuk melaporkan kejadian tersebut sekiranya bantuan mereka
diperlukan.
21. Mengadakan dan menguruskan kempen/cermah
/ pameran yang berkaitan dengan keselamatan jalanraya/ kebakaran.
22. Mengurus
hal murid yang mendapat kemalangan untuk rawatan segera.
23. Memberitahu ibubapa / penjaga murid
mengenai sebarang kemalangan terhadap anak/jagaan mereka untuk mengelakkan
risiko pihak sekolah dipersalahkan jika tersalah mengambil tindakan.
24. Melaksanakan arahan-arahan dan
tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar atau Pihak Pentadbiran
Sekolah dari semasa ke semasa.
25. Menyediakan
Laporan Tahunan Unit Keselamatan.
TUGAS JAWATANKUASA INVENTORI DAN
PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN
1. Membaca, memahami, dan melaksanakan
semua arahan yang dihantar oleh Kementerian, Jabatan Pendidikan dan PPD.
2. Semua penerimaan / pembelian mesti
direkodkan dalam Harta Modal, Kad Inventori dan Buku Bekalan Pejabat.
3. Mengurus semua harta benda sekolah
yang hendak dihapuskira mengikut peraturan.
4. Mengenalpasti
keperluan perabot sekolah.
5. Memastikan
sistem inventori dilaksanakan.
6. Memastikan
semakan inventori dibuat pada pertengahan akhir tahun.
7. Mengurus
semua harta modal termasuk membaiki dan menyelenggara bila perlu.
8. Memastikan
semua harta benda sekolah disimpan dengan selamat.
TUGAS-TUGAS KHAS HAL EHWAL
MURID
1.
KEMASUKAN MURID
·
Kemasukan Murid Tahun 1.
Ø Puan Zuana
binti Shamuri
·
Kemasukan murid Prasekolah:
Ø Cik Nurul
Syuhada Binti Mohd Saad
Ø Puan
Rosmahwati binti Aziz
·
Kemasukan murid baru :
Ø Semua guru
kelas
Daftarkan murid ke dalam Jadual
Kedatangan
Dan Buku Pendaftaran Murid (Ada
di pejabat sekolah)
·
Kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Sekolah Berasrama
Penuh (SBP)
Ø Guru Pn
Saniah binti Aripin
Ø Guru Data
·
Kemasukan ke Sekolah Kebangsaan Agama (SMKA
dan KAA)
Ø Guru
Pendidikan Islam Tahun Enam
2. PERTUKARAN MURID
·
Murid bertukar ke sekolah lain:
Ø Semua guru
kelas dikehendaki menyediakan fail peribadi yang mengandungi:
Buku RKM,
Kad rekod pergigian,
Buku LAB
Buku KAFA
Dll dokumen seperti Borang
SMM,dan Salinan Sijil Lahir kemudian serah pada PT
3.
PROGRAM TRANSISI
Ø Pn Zuana
binti Shamuri
Ø Semua guru
yang terlibat dalam P & P Tahun 1.
SENARAI TUGAS AJK HEM
KEBAJIKAN
PENYELARAS : Pn. Surmaliah binti Pakih
AJK Rujuk Jawatankuasa HEM
BIDANG TUGAS:
- Menyediakan Pelan Tindakan Aktiviti Tahunan.
- Menyelaras kutipan derma untuk anak-anak cacat, miskin dan pembinaan surau
- Membanci anak yatim dan merekod maklumat peribadi.
- Memilih murid untuk sebarang bantuan dari agensi luar serta membuat agihan.
- Soal selidik murid bermasalah dan membantu menyelesaikan masalah.
- Melancarkan derma kilat apabila berlaku musibah atau bencana.
DISIPLIN/BADAN PENGAWAS
1. PENYELARAS DISIPLIN :En. Mohd Ali bin Zaman
Tugas
:
1.1 Membuat data SSDM
1.2 Mengemaskini dan membuat laporan SSDM mengikut
keperluan PPD.
1.3
Mengurus kawalan disiplin murid pada Perhimpunan Rasmi, hari sukan
sekolah,
Hari Guru, Anugerah Kecemerlangan dan
Majlis-majlis Sekolah.
1.4 Menasihati dan bertindak tegas terhadap
murid yang melakukan kesalahan harian
seperti ponteng, datang lewat, merayau-rayau tanpa
pas keluar dan pakaian
murid yang tidak
lengkap yang dilakukan atau yang dilaporkan oleh pengawas.
1.5 Mengeluarkan surat–surat amaran yang
ditandatangani oleh Guru Besar
2. Penyelaras Pengawas.: Pn. Surmaliah Bt Pakih
Tugas:
2.1 Pelantikan pengawas dan Ikrar pengawas.
2.2 Penyelaras pembahagian tugas pengawas.
2.3 Mencatat rekod disiplin dan prestasi
pengawas ke dalam fail sulit pengawas.
2.4 Membimbing dan membantu pengawas dalam penguatkuasaan
peraturan sekolah
3.Penyelaras Program Pemantapan
Disiplin:Pn. Norsasarina binti Abdul Rahim
Tugas.
3.1
Mengujudkan suasana tenteram sebelum agenda perhimpunan rasmi
(Isnin) dan tidak rasmi dimulakan.
3.2
Mengadakan kursus kepemimpinan dan kesedaran tugas serta
tanggungjawab untuk pengawas, ketua kelas dan semua murid.
3.3
Menyedia kertas kerja program dan
pelaporan.
4.
Penyelaras Buku Kawalan Kelas (BKK)
Penyelaras : Pn. Surmaliah binti Pakih
Tugas
4.1
Memantau penggunaan BKK setiap kelas dan
bilik-bilik khas.
4.2
Memantau Buku Rekod Salahlaku dan mengumpul buku tersebut untuk ditandatangani oleh PK HEM
setiap bulan.
5.
Pemantapan Peraturan Sekolah: Unit Pencegahan Jenayah & Buli
Penyelaras - En.
Nasrukhakim bin Md Abas
Tugas.
5.1
Menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah.
5.2
Meuar-uarkan peraturan sekolah waktu pehimpunan.
5.3
Mengadakan ‘spot check’ diri dan beg murid
dan merekod kesalahan dalam BKK.
5.4
Membantu menghubungi ibu bapa murid yang
tidak mematuhi peraturan sekolah (jika perlu).
SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
Guru Penyelaras : Pn.
Nassuhada binti Shukor
1.Data SPBT
Tugas:
1. Memproses buku :Pn Nassuhda binti Shukor
1.1 Menyemak bekalan yang diterima.
1.2 Mengecop buku di kedua-dua kulit.
1.3 Menyimpan buku di dalam stor yang
digunakan.
1.4 Menyimpan data
buku dalam sistem.
2. Mengedar, memantau dan mengumpul buku.
Penyelaras Thp 1 – Semua guru kelas
Penyelaras Thp 2 – Semua guru kelas
Tugas:
2.1 Mengagih dan pastikan murid tandatangan
penerimaan.
2.2 Merekod bilangan/nama buku dalam borang
tertentu.
2.3 Membuat pemeriksaan buku(spot check)
2.4.Mengumpul buku dan
kemaskini fail pinjaman buku.
2.5 Melapor buku kurang/lebih.
3. Buku stok dan pengurusan fail: Puan Rozita Bt Misngat
Tugas:
3.1 Merekod buku dalam stok
3.2 Mengurus 12 fail pengurusan SPBT.
3.4 Menceriakan bilik BOSS.
3.4 Mencatat minit mesyuarat SPBT.
3.5 Mengurus program
SPBT(sekolah,daerah)
4.Pelupusan/mengambil buku dari
stor daerah: Pn Siti
Norazizah binti Md Kadzim
Tugas.
4.1 Menyediakan Plan Tindakan Aktiviti
Tahunan.
4.2 Hapuskira bantuan yang tidak digunakan
ikut prosedur
3K
–KEBERSIHAN KESIHATAN KESELAMATAN.
Penyelaras 3K. : En
Khairul Anuar bin Zakaria
1.
Kebersihan.
1.1 Kantin :
Pn Norhayati binti Tuslam
Tugas :
1. Laporan kendiri kantin (harian
/mingguan)
2. Menceriakan kantin
3. Menguatkuasakan peraturan kantin.
1.2 Anti Aedes : En.
Nasrukhakim bin Md Abas
Tugas :
1. Laporan mingguan Anti Aedes .
2.
Program gotong royong Anti Aedes/pelaporan.
3.
Kempen Anti Aedes /pelaporan
1.3 Keceriaan dan Tandas
Tugas :
1. Menyediakan instrument pertandingan kelas bersih dan
menjalankan pertandingan tersebut.
2. Program gotong royong membersih dan
menceriakan kawasan sekolah /
pelaporan.
3.
‘Cantik Mewangi’(Tandas bersih).
2. Keselamatan : En. Mohd Nuzahan bin Mizhar
2.1 Sekolah Selamat
Tugas :
1. Mengadakan latihan kebakaran ‘fire
drill’
2. Menyediakan manual keselamatan semasa berada di dalam
bangunan/ kawasan sekolah/bilik khas.
3.
Plan laluan kecemasan /plan bangunan.
4.
Loceng kecemasan difahami guru dan murid.
2.2
Alat Pemadam Api (Penyelaras:
Tugas
:
1. Semak alat pemadam api-berfungsi/tidak .
1. Semak alat pemadam api-berfungsi/tidak .
2.
Pamer nombor-nombor kecemasan-polis/bomba.
3.
Papan tanda amaran ’BAHAYA” di tempat bahaya.
4. Kata-kata peringatan.
3. Kesihatan. : Pn. Norsasarina binti Abdul Rahim
3.1 Bilik
Rawatan
- Carta organisasi
- Susun
atur perabot/hiasan/info kesihatan.
- Semak
penggunaan buku rawatan.
3.2 Kesihatan
- Peti
ubat berisi (ubat luaran sahaja)
-
Jaringan kerjasama dengan klink
komuniti/PKD(ceramah kesihatan) dan pelaporan.
3.3 Pergigian
- menyelia kad rawatan pergigian.
-
mengurus borang pergigian.
PPDa-PENDIDIKAN PENCEGAHAN
DADAH.
Guru Penyelaras PPDa : Haji
Mohd Shaaban bin Sujak
.
1.
Program 5 minit anti dadah di perhimpunan
2. Program PPDa
2.1 Minggu Anti Dadah-ceramah dari agensi luar
yang berkaitan
2.2
Mengadakan jaringan kerjasama dengan agensi luar.
2.3
Melaporkan program peringkat sekolah dan daerah.
2.4
Menyediakan laporan yang diperlukan JPS.
3. Sudut PPDa.
3.1
Memurnikan sudut PPDa dengan info yang sesuai.
3.2 Mempamer carta,gambar dan
kata-kata peringatan di sekitar kawasan sekolah.
DATA
Penyelaras Data SMM/APDM : En. Nasrulkhakim Bin Md. Abas
1.1 Membantu guru kelas ‘key in’ maklumat Thn 1 dan murid baru.
1.2 Mendapatkan maklumat/senarai murid terkini bagi tujuan
bantuan/pengurusan.
1.3 Memantau perubahan maklumat.
1.4 Membantu
pejabat mendaftar pelajar Thn 1 Tahun hadapan.
INVENTORI
DAN PENGURUSAN ASET
Penyelaras : Tuan
Haji Mohd Shaaban Bin Sujak
1.Perabot Bilik Darjah : Semua
guru kelas
Tugas:
1.1
Membuat senarai semakan inventori perabot di dalam kelas pada
pertengahan tahun dan akhir tahun.
1.2
Merekod pergerakan perabot kelas.
1.3
Menulis siri perolehan(hak kerajaan) pada
perabot baru.
1.4
Mempamer inventori perabot(berplastik) di
pintu kelas.
2
Perabot Bilik-Bilik Khas :En Mohd Ali bin Zaman
Semua
guru terlibat dengan bilik khas
Tugas:
2.1
Menyemak inventori perabot bilik-bilik khas.
2.2
Rekod pergerakan perabot/perabot baru.
2.3
Pamer inventori perabot di pinu bilik-bilik khas.
3.
Membaiki/menyelenggara : Encik Mohd Nuzaihan bin Mizhar
Tugas:
3.1 Merekod penerimaan /pembelian dalam Harta
Modal, kad inventori dan Buku Bekalan Pejabat.
3.2 Mengurus harta modal dan disimpan di tempat
yang selamat.
4.
Inventori perabot prasekolah : Puan Nurul Syuhada binti Mohd Saad dan PPM
Tugas:
4.1
Semakan inventori perabot kelas prasekolah.
4.2
Pamer inventori
SENARAI TUGAS:
Ø PERHIMPUNAN:
Penyelaras Perhimpunan: En.
Sallehuddin bin Hussin
a) Mengadakan
perhimpunan setiap pagi Isnin serta mengurus acara perhimpunan.
b) Mengatur
urusan menaikkan bendera dan nyanyian lagu Kebangsaan, Negeri Selangor dan lagu
sekolah.
c) Menyediakan
PA Sistem.
Tugasan Guru bertugas Mingguan:-
a)
Menyediakan dan menyampaikan
pesanan/nasihat menerusi tajuk yang disediakan selain ucapan Guru
Besar/Penolong Kanan.
b)
Mengatur dan mengurus penyampaian
hadiah, sijil dan yang berkaitan. (jika ada).
c)
Mengadakan perhimpunan tergempar
jika perlu pada bila-bila masa dengan kebenaran Guru Besar/GPK.
·
Nota penting: Semua perkara di
atas hendaklah dicatatkan dalam Buku Catatan Perhimpunan.
Ø KEBERSIHAN:
a)
Memantau kebersihan setiap kawasan,
jika perlu minta kerjasama daripada pekerja swasta untuk tindakan selanjutnya.
b)
Memantau kebersihan bangunan
seperti lantai, simen, cermin dan tangga.
c)
Memantau kebersihan tandas guru
dan tandas murid.
d)
Memerhatikan longkang dan parit
simen sekolah.
e)
Memantau kebersihan kantin,
padang dan sekitarnya.
·
Nota penting: Semua perkara di
atas hendaklah dicatatkan dalam buku catatan yang disediakan iaitu Buku Laporan
Guru Bertugas
Ø KEHADIRAN/KEDATANGAN:
a)
Mengambil tahu secara umum hal
ehwal kedatangan murid (murid yang tidak hadir) dan hal ehwal guru yang tidak
hadir.
b)
Guru bertugas mingguan/harian
dikehendaki datang lebih awal dari hari lain, begitu juga waktu pulang,
hendaklah lebih lewat dari guru lain. (lebih kurang 10 minit).
c)
Kumpulan Guru Bertugas
dikehendaki mengagihkan tugasan menunggu di pintu pagar hadapan dan belakang
setiap hari pada waktu pagi dan mencatat murid yang datang lewat.
d)
Pastikan ada murid membaca doa
pada setiap hari – catatkan di
whiteboard.
Ø KECEMASAN/KEMALANGAN/SAKIT:
a) Guru
bertugas mingguan bertanggungjawab menguruskan hal-hal yang perlu diambil
tindakan segera jika berlaku kecemasan terutama pada murid dengan kerjasama
guru kesihatan dan kalau perlu terus mendapat rawatan di hospital dan maklumkan
pada penjaga.
b) Guru
bertugas mingguan bertanggungjawab mengeluarkan surat-surat rawatan hospital
untuk murid dan guru kelas. Salinan hendaklah difailkan di pejabat.
c) Segala
bentuk kemalangan serta kecemasan hendaklah dicatat dalam Buku Laporan Guru
Bertugas.
Ø LAWATAN PELAWAT-PELAWAT:
a) Ambil
tahu mengenai pelawat-pelawat yang datang ke sekolah samada atas urusan membuat
lawatan rasmi dan sebagainya.
b) Catatkan
dalam buku catatan guru bertugas mingguan/harian.
Ø KESELAMATAN WAKTU PULANG:
a) Memastikan
bahawa sekolah ditinggalkan dalam keadaan selamat dengan pintu dan tingkap
tertutup.
Ø BUKU LAPORAN:
a) Guru
bertugas mingguan hendaklah mengisi Buku Laporan itu setiap hari mengikut
format yang disediakan.
b) Buku
Laporan tersebut hendaklah dihantar ke bilik GPK HEM pada setiap pagi untuk
disemak, disiasat dan diambil tindakan.
Ø CATATAN DI WHITEBOARD:
a) Tulis
nama guru bertugas dan ahli kumpulan di whiteboard yang disediakan.
b) Tulis
maklumat/kegiatan sekolah yang dijadualkan pada minggu bertugas.
c) Sentiasa
mengemaskini maklumat di papan putih / whiteboard.
NOTA TAMBAHAN:
v Sekiranya
ketua guru bertugas mingguan/harian tidak hadir, maka tugas ini akan diambil
alih pembantunya. (nama kedua dalam senarai kumpulan bertugas).
v Adalah
diwajibkan setiap guru bertugas mingguan
/ harian membuat sedikit persediaan bagi setiap tugasan/tajuk yang diberi agar
pelajar mendapat manfaat dari apa yang disampaikan.
SEMOGA DAPAT MELAKSANAKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN DENGAN
SEMPURNA