SKSG INFORMATION BOARD : Selamat bercuti kepada semua pelajar .Jaga SOP dan jaga kesihatan.Jumpa lagi dalam PDPR pada 20 Sept 2021..

Monday, September 12

Majlis Restu Ilmu Calon UPSR 2011

Majlis Restu Ilmu diadakan secara ringkas untuk Calon-calon UPSR 2011. Majlis Penyerahan Ilmu ini diadakan sebagai Majlis Sentuhan Nurani terakhir bagi mendoakan kejayaan Calon-calon UPSR 2011.Semua guru terlibat dalam menjayakan majlis ringkas ini.

Matlamat :
1. Majlis ini diadakan untuk memberi sentuhan jiwa terakhir kepada semua calon UPSR.
2. Semua guru yang terlibat mengajar calon UPSR dari tahun 1 - 6 menghalalkan semua ilmu yang diajar untuk kebaikan kehidupan duniawi & Ukhrawi.
3. Semua guru mendoakan agar calon UPSR 2011 dapat menjawab dengan tenang dan menggunakan semua ilmu yg dicurahkan.
Barisan Pendidik SKSG mendoakan Kejayaan Calon UPSR 2011

Murid-murid tahun 6 bermaafan dengan semua guru

Maafkan kami..cikgu

Terima Kasih cikgu..jasa Mu tak terbalas

Guru-guru lelaki sedang berbaris menunggu murid-murid

Saya akan buat sehabis baik cikgu...

Mesyuarat Agung PIBG 2020

M esyuarat Agung PIBG kali ke -38, Sk Seri Gambut telah diadakan dengan jayanya pada 29 Februari 2020. Mesyuarat pada asaln...