SKSG INFORMATION BOARD : Selamat bercuti kepada semua pelajar .Jaga SOP dan jaga kesihatan.Jumpa lagi dalam PDPR pada 20 Sept 2021..

Wednesday, February 27

Kejohanan Takraw MSSD Kuala Selangor 2019

Kejohananan Takraw MSSD Kuala Selangor telah berlangsung pada 13-15 Februari 2019 bertempat di SMK Sungai Burong, Penyertaan kejohanan kali ini telah disertai oleh 27 buah sekolah PPD Kuala Selangor. Skuad takraw SKSG dibentuk oleh Cikgu Khairul Anuar & Ustaz Nasrulkhakim B. Md. Abas. Skuad hanya sempat berlatih selama dua minggu sahaja.Kejohanan MSSD 2019 adalah pencapaian terbaik skuad takraw dimana skuad kerdil ini iaitu Regu A mampu melangkah sehingga ke final yang mengenepikan 25 buah sekolah lain yang jauh lebih besar dari segi bilangan pelajarnya.Walau bagaimanapun Regu A tewas kepada SK Parit Serong pada final .Regu A diwakili oleh Fahimuddin , Mohd Zulhaikal, Mohd Nabil Fahmi dan Haikal Hakimie manakala Regu B diwakili oleh MohdAmeer Zahin, Adam Izuddin, Ariff Haikal dan Mohd Zakuan. Mohd Zulhaikal Azlan telah dinobatkan sebagai "Apit Kiri Terbaik" semasa final .Sekalung tahniah dan penghargaan kepada jurulatih utama dan semua pihak yang terlibat dalam membantu melatih serta memberikan sokongan dan dorongan kepada  skuad takraw SKSG yang mengharumkan nama sekolah pada Kejohanan Takraw MSSD 2019."Sepakat Kita Sekolah Gemilang. This is SKSG.

                              Gambar sepanjang kejohanan Takraw MSSD Kuala Selangor 2019

Guru Besar En. Azron Bin Suradi turut sama bersama pemain & jurulatih semasa final.





















Tahniah kepada semua pemain, jurulatih dan semua pihak yang terlibat dalam Kejohanan Takraw MSSD Daerah Kuala Selangor 2019

1 comment:

  1. Teton Color - Teton Color - Titanium Art
    Teton Color - Titanium titanium knee replacement Art. Teton color ford escape titanium for sale is titanium damascus a vibrant red with an titanium sponge orange and white outline. It titanium sunglasses is very simple to use and

    ReplyDelete

Mesyuarat Agung PIBG 2020

M esyuarat Agung PIBG kali ke -38, Sk Seri Gambut telah diadakan dengan jayanya pada 29 Februari 2020. Mesyuarat pada asaln...