SKSG INFORMATION BOARD : Selamat bercuti kepada semua pelajar .Jaga SOP dan jaga kesihatan.Jumpa lagi dalam PDPR pada 20 Sept 2021..

Monday, April 4

Pelancaran Program Nilam 2016



Apakah itu program NILAM?

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca   merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca . Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan berterusan sepanjang tahun dan markah    dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini adalah usaha Kementerian  Pendidikan Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca dikalangan murid.

Rasional Program NILAM ?

Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang   mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu ialah melalui amalan membaca yang berterusan.

Matlamat Program NILAM

Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat  membaca dalam kalangan murid.

 

Objektif Program NILAM?

· Menjadikan murid banyak membaca
· Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

Komponen Program NILAM
· Membaca dan merekod bahan bacaan
· Mengesahkan rekod dan mengumpul data.
· Memberi pengiktirafan dan ganjaran

Tahap di dalam Program NILAM

Tahap Jauhari

Jumlah Buku              Pengiktirafan
90-179                               Gangsa
180-269                              Perak
270-359                              Emas
360 ke atas                      NILAM

Tahap Rakan Pembaca (RP)

RP mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Murid yang telah membaca 100 buah
buku layak memasuki tahap RP. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing 
dan menarik minat orang lain supaya suka membaca.

Jumlah markah aktiviti               Pengiktirafan

100-199                                        Gangsa
200-299                                        Perak
300-399                                        Emas
400  ke atas                                 NILAM

Aturcara Majlis Pelancaran Program NILAM







07.30 pagi        - Murid-murid berkumpul di Dataran Perhimpunan
                          - Guru-guru mengambil tempat Dataran Perhimpunan              
                    
07.45 pagi        -Taklimat Program NILAM
                           - Penyampaian Hadiah NILAM
                          -Ucapan Perasmian& pelancaran program oleh:
                                  Guru Besar SK Seri Gambut.
                          -Penyampaian buku nilam kepada guru kelas.       
                                     
08.00 pagi        -Murid masuk ke dalam kelas

GPK Puan Azizah Ajis sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang NILAM

Mohd Syafiq sedang  menerima hadiah








Adam Izudin , murid tahun sedang menerima hadiah

Auni Rafhanah sedang menerima hadiah

Anis Aliya Abu Bakar sedang menerima hadiah NILAM

Ustaz Haji Shaaban Bin Sujak sedang menerima  buku nilam untuk kelas Tahun 5

Cikgu Saniah sedang menerima buku NILAM untuk kelas Tahun 6

Guru kelas tahun 3, Puan Siti Rozita  sedang menerima buku NILAM 



 
Guru kelas Tahun 4, Puan Siti Norazizah Bt Kadzim sedang menerima buku NILAM




          Semua AJK pelaksana Pelancaran Program NILAM 2016 ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Pelancaran Program NILAM 2016. Terima Kasih. 
 





 






  







 




 

No comments:

Post a Comment

Mesyuarat Agung PIBG 2020

M esyuarat Agung PIBG kali ke -38, Sk Seri Gambut telah diadakan dengan jayanya pada 29 Februari 2020. Mesyuarat pada asaln...