SKSG INFORMATION BOARD : Selamat bercuti kepada semua pelajar .Jaga SOP dan jaga kesihatan.Jumpa lagi dalam PDPR pada 20 Sept 2021..

Monday, April 4

Pelancaran Program Nilam 2016



Apakah itu program NILAM?

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca   merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca . Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan berterusan sepanjang tahun dan markah    dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini adalah usaha Kementerian  Pendidikan Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca dikalangan murid.

Rasional Program NILAM ?

Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang   mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu ialah melalui amalan membaca yang berterusan.

Matlamat Program NILAM

Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat  membaca dalam kalangan murid.

 

Objektif Program NILAM?

· Menjadikan murid banyak membaca
· Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

Komponen Program NILAM
· Membaca dan merekod bahan bacaan
· Mengesahkan rekod dan mengumpul data.
· Memberi pengiktirafan dan ganjaran

Tahap di dalam Program NILAM

Tahap Jauhari

Jumlah Buku              Pengiktirafan
90-179                               Gangsa
180-269                              Perak
270-359                              Emas
360 ke atas                      NILAM

Tahap Rakan Pembaca (RP)

RP mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Murid yang telah membaca 100 buah
buku layak memasuki tahap RP. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing 
dan menarik minat orang lain supaya suka membaca.

Jumlah markah aktiviti               Pengiktirafan

100-199                                        Gangsa
200-299                                        Perak
300-399                                        Emas
400  ke atas                                 NILAM

Aturcara Majlis Pelancaran Program NILAM







07.30 pagi        - Murid-murid berkumpul di Dataran Perhimpunan
                          - Guru-guru mengambil tempat Dataran Perhimpunan              
                    
07.45 pagi        -Taklimat Program NILAM
                           - Penyampaian Hadiah NILAM
                          -Ucapan Perasmian& pelancaran program oleh:
                                  Guru Besar SK Seri Gambut.
                          -Penyampaian buku nilam kepada guru kelas.       
                                     
08.00 pagi        -Murid masuk ke dalam kelas

GPK Puan Azizah Ajis sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang NILAM

Mohd Syafiq sedang  menerima hadiah








Adam Izudin , murid tahun sedang menerima hadiah

Auni Rafhanah sedang menerima hadiah

Anis Aliya Abu Bakar sedang menerima hadiah NILAM

Ustaz Haji Shaaban Bin Sujak sedang menerima  buku nilam untuk kelas Tahun 5

Cikgu Saniah sedang menerima buku NILAM untuk kelas Tahun 6

Guru kelas tahun 3, Puan Siti Rozita  sedang menerima buku NILAM 



 
Guru kelas Tahun 4, Puan Siti Norazizah Bt Kadzim sedang menerima buku NILAM




          Semua AJK pelaksana Pelancaran Program NILAM 2016 ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Pelancaran Program NILAM 2016. Terima Kasih. 
 





 






  







 




 

Pelancaran Program Kem Membaca 1 Malaysia 2016



PENGENALAN

Program Gerakan Tabiat Membaca merupakan salah satu aktiviti utama Kementerian Pendidikan Malaysia yang diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan ( BTP ). Program ini bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan sebagai pemangkin kepada proses pembelajaran sepanjang hayat.

OBJEKTIF

1. Memberi penghargaan terhadap pelajar yang minat membaca.
2. Menanamkan minat dan tabiat suka membaca.
3. Menggunakan bahan-bahan dan tenaga yang adalah untuk tujuan kebaikan bersama.
4. Memberi pendedahan kepada murid tentang kaedah membaca dengan betul.
5. Melahirkan golongan murid yang tidak suka membuang masa.
6. Meningkatkan kecintaan kepada buku dan mengamalkan apa yang dibaca.
7. Membantu murid  memperkembangkan minat, semangat dan kemahiran.
8. Belajar ke arah meningkatkan prestasi akademik secara sistematik dan berkesan.

RASIONAL
1. Kem Membaca 1 Malaysia adalah program yang serentak dilaksanakan bagi semua sekolah di negara Malaysia.
2. Menghargai usaha pelajar yang berminat dan terlibat.
3. Mengisi masa pelajar dengan aktiviti yang berfaedah dan menjurus ke arah peningkatan diri pelajar.
4. Salah satu aktiviti tahunan KPM.

KUMPULAN SASARAN
Semua murid SK Seri Gambut.

TARIKH PELAKSANAAN
4, 5 dan 6  April  2016.

 


STRATEGI PELAKSANAAN AKTIVITI KM1M 2016


Nama Aktiviti             
Penyampaian Hadiah Pembaca yang Mencapai Tahap Jauhari Nilam
Tarikh dilaksanakan 
4  April  2016
Masa                            
7.45— 8.00  pagi
Sasaran                      
Semua Murid SK Seri Gambut









JAWATANKUASA   INDUK
PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2016
SK SERI GAMBUT

 
Pengerusi                  :     Tuan Haji Ngatini Bin Salimin 
Timbalan Pengerusi :     Puan Azizah Bt Ajis
Setiausaha                 :     Puan Surmaliah bt pakih 
Naibsetiausaha         :     Puan Siti Norazizah Bt Kadzim
AJK                              :     Semua guru 

JAWATANKUASA KERJA
PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2016
SK SERI GAMBUT

 


DOKUMENTASI         :          Pn. Rudzi bt. Atan
                                               Pn. Saniah bt. Aripin
                                               Pn. Siti Rozita bt. Misngat
HADIAH                      :         Pn. Zuana bt. Samuri
                                               Pn. Nassuhada bt. Md. Shukor
                                               Pn. Norhayati bt. Tuslam
JURUGAMBAR           :         En. Sallehuddin b. Hussin
                                               En. Mohd. Ali b. Zaman
AKTIVITI HARI            :        En. Khairul Anuar b. Zakaria
PERASMIAN                :       En. Mohd. Nuzaihan b. Mizhar
PENGURUS                  :       En. Nasrulkhakim b. Md.Abas
PEMENANG                 :       Tn. Hj. Saaban b. Sujak
                                              Pn. Sasarina bt. Rahim
                                              Pn. Nurul Syahidatul Aini A.Bakar


Tuan Guru Besar , Tuan Haji Ngatini merasmikan Program Kem membaca 1Malaysia










Mesyuarat Agung PIBG 2020

M esyuarat Agung PIBG kali ke -38, Sk Seri Gambut telah diadakan dengan jayanya pada 29 Februari 2020. Mesyuarat pada asaln...