Gerhana matahari merupakan fenomena alam yang merupakan sunnatullah sebagai tanda-tanda kebesaran dan keagungan Pencipta. Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan berada diantara matahari dan bumi yang menghalang sinaran matahari memancar ke bumi.
Dalam sebuah hadis Rasulullah ada disebut tentang fenomena alam ini. "Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kebesaran Allah,dimana Allah menakuti hamba-Nya. Tidak terjadi gerhana kerana kematian seseorang manusia, akan tetapi keduanya merupakan tanda kebesaran Allah apabila kamu menyaksikannya, maka laksanakan solat dan berdoalah kepada Allah sehingga dikembalikan kembali oleh Allah' (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Oleh itu pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Agama Islam telah mengadakan "Solat Gerhana Matahari" sebagai tanda membesarkan Keagungan dan Kebesaran Allah ketika fenomena gerhana matahari sedang berlaku. Semua murid dari tahun 3 hingga tahun 6 terlibat bersama guru-guru mendirikan solat sunat gerhana matahari.Solat diimamkan oleh Ustaz Tuan Haji Mohd Shaaban bin Sujak
Diantara hikmah dan pengajaran disebalik fenomena Gerhana Matahari adalah :
- Gerhana matahari merupakan tanda keagungan & kekuasaan Allah yang menciptakan alam semesta, tidak ada satu pun yang boleh menghalang ketika Allah hendak mengubah aturan alam diluar kebiasaan. Ini menunjukkan betapa lemahnya manusia dan betapa Agungnya kuasa Allah SWT.
- Allah bebas mengatur susun atur alam semesta mengikut kehendakNya. Allah mengingatkan supaya manusia sedar bahawa tiada kuasa lain yang Maha Berkuasa mengubah segala sesuatu.
- Fenomena gerhana bulan dan matahari tiada hubung kait dengan kematian atau lahirnya seseorang kerana ianya merupakan kehendak Allah SWT
Candid sekitar solat sunat gerhana matahari
Pelajar membantu guru-guru menyiapkan dataran solat |
Taklimat kaifiat solat sunat gerhana disampaikan oleh Ustaz Nasrulkhakim Md. Abas |
Para pelajar sedang mendengar taklimat |
Para pelajar sedang khusyuk mendengar taklimat |
Dari kiri: Cikgu Saniah, Cikgu Nassuhada & Cikgu Surmaliah |
Penerangan secara jelas dan detail disampaikan oleh alfadhil Ustaz Nasrulkakim |
Saff...luruskan saff |
Imam sedang bersedia |
Sedang mendengar khutbah |
Semua pelajar sedang mendengar khutbah |
Barisan guru-guru perempuan yang turut sama mendirikan solat |
Antara perserta pelajar perempuan |
Suasana setelah selesai mendirikan solat |
Pelajar sedang mendengar khutbah |
Khutbah solat disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Shaaban bin Sujak |
Peserta sedang khusyuk mendengar khutbah |
Tuan Guru Besar, Tuan Haji Ngatini Bin Salimin turut sama mendirikan solat sunat gerhana |
Antara barisan guru lelaki diketuai oleh guru paling macho, Cikgu Nuzaihan |
Peace semua... |
Cikgu Surmaliah bersama pelajar sedang memerhati perubahan bentuk matahari |
Para pelajar mengambil peluang memerhati perubahan bentuk matahari |
No comments:
Post a Comment