SKSG INFORMATION BOARD : Selamat bercuti kepada semua pelajar .Jaga SOP dan jaga kesihatan.Jumpa lagi dalam PDPR pada 20 Sept 2021..

Monday, February 27

Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 2012

Program Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat sekolah telah dilancarkan. Butiran program adalah seperti dibawah.

Tarikh     : 27 Februari 2012 
Hari        : Isnin
Anjuran  : Unit Hal Ehwal Murid
Tempat  : Tapak Perhimpunan SKSG
Perasmi : Tuan Haji Ngatini Bin Salimin (Guru Besar)
Tema      : " 1 Malaysia Membanteras Dadah"

PENDAHULUAN

              Masalah penyalahgunaan dadah di kalangan remaja semakin membimbangkan. Situasi yang mula menular secara drastik ke sekolah seterusnya meracuni generasi muda ini perlulah dibendung dengan segera sebelum keadaan melarat. 
              Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menyelidik pelaksanaan program pendidikan pencegahan dadah di sekolah rendah sebagai salah satu usaha negara memerangi gejala penyalahgunaan dadah .  Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif  untuk mendapat gambaran yang  menyeluruh tentang keberkesanan pelaksanaan PPDa di sekolah dan tertumpu kepada sekolah-sekolah rendah yang berisiko dalam penyalahgunaan bahan di Semenanjung Malaysia.
  Bagi tujuan triangulasi data, kajian ini dilaksanakan secara rentasan (cross-sectional) di mana pengumpulan data menggunakan pelbagai instrumen kajian seperti soal selidik, temubual, senarai semak dan soalan temubual berstruktur. Implikasi daripada dapatan kajian ini dapat mengolah masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah rendah.
  Masalah penyalahgunaan dadah di kalangan murid sekolah perlulah dibendung segera agar misi negara mencapai matlamat sekolah bebas dadah 2012 dapat direalisasikan


MATLAMAT
              Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kemahiran, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru dan kakitangan pendidikan serta warga SKSG agar mereka menjauhi rokok, inhalan, alkohol, dadah dan HIV/Aids  dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “ Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012

OBJEKTIF
1. Mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya dadah/ancaman penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan,HIV/Aids di kalangan murid, guru dan warga SKSG.
2. Membina kekuatan dalaman murid dan menyediakan mereka dari segi pemikiran dan tindakan supaya menjauhi dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids
3. Mengesan murid yang terlibat dengan penggunaan dadah, rokok, alkohol, dan inhalan untuk proses bimbingan pemulihan sahsiah.
4. Mempastikan tindakan segera diambil untuk membantu murid yang berisiko tinggi berkaitan penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV / Aids.
5. Memantau dan membimbing, membantu mengawal dan menyelia murid yang terlibat dengan penggunaan dadah, rokok, alkohol, dan inhalan supaya meninggalkan tabiat buruk mereka

SASARAN
Semua Warga  SK Seri Gambut.


ATURCARA MAJLIS PERASMIAN

07.30 :     Berhimpun di Tapak Perhimpunan
                Nyanyian lagu “Negaraku”
                Nyanyian lagu “Negeri Selangor”
                Nyanyian lagu “Rasmi Sekolah”
               Bacaan Doa (En Mohd Shaaban B. Sujak)
               Bacaan Perutusan YB Menteri Pelajaran Malaysia (Oleh : En Mohd Razali B Napiah PK1)
               Ucapan Pengerusi Program (Pn Azizah Bt. Ajis)
               Ucapan Perasmian (Tn. Haji Ngatini B. Salimin - Guru Besar)
               Ikrar Murid (Diketuai oleh : Ainurraziqin Bt. Ahmad Shahminan - Ketua Murid)
               Persembahan Murid Tahun 5
               Taklimat Aktiviti Sepanjang Minggu
08.00 : Bersurai

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Penasihat                 : Tuan Hj Ngatini B. Salimin
Pengerusi                 : Pn Azizah Bt Ajis
Timb. Pengerusi 1    : En Mohd Razali B. Napiah
Timb. Pengerusi 2    : Pn Ragayah Bt Dris
Setiausaha               : En Nasrulkhakim B. Md. Abas
Bendahari                : En Khairul Anuar B. Zakaria
Pengerusi Majlis       : En Nasrulkhakim B. Md. Abas
Bacaan Doa             : En Mohd Shaaban B. Sujak
Hadiah                     : Pn Siti Rozita Bt. Misngat
                                 Cik Lee Mei Feng
                                 Cik Siti Azarina Bt Amzah
Poster Tahap 2         : En Ahmad Ismail Muhammad (Tahun 4&5)
                                  Pn Rudzi Bt. Atan (Tahun 6)
Mewarna Tahap 1     : Pn Siti Rozita Bt. Misngat (Tahun 1)
                                   Pn Surmaliah Bt. Pakih (Tahun 3)
Sajak                        : En Ahmad Ismail B. Muhammad (Tahun 5)
                                  Pn Surmaliah Bt. Pakih (Tahun 6)
Pantun                       : Pn Ragayah Bt. Dris (Tahun 2)
                                       Pn Rudzi Bt. Atan (Tahun 3)
Silang Kata                 : En Khairul Anuar B. Zakaria (Tahun 4)
Disiplin Murid             : En Mohd Fairus Hamzah
                                    Pn Nassuhada Bt. Shukor                             
Siaraya/Media             : E. Sallehuddin Hussin
Dokumentasi               : En Mohd Ali B. Zaman
                                     Pn Nurul Syahidatul Aini Abu Bakar
Barisan guru-guru


 
PELAKSANAAN MINGGU PROGRAM
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Murid tekun mendengar taklimat

1) Pertandingan Melukis Poster Tahap 2
Dilaksanakan mengikut jadual waktu Pend. Seni Visual dan akan diselia oleh guru matapelajaran tersebut.

2) Pertandingan mewarna Tahap 1
Dilaksanakan mengikut jadual waktu Pend. Seni Visual dan akan diselia oleh guru matapelajaran tersebut.

3) Pertandingan Mendeklamasikan Sajak Tahun 5 dan 6
Dilaksanakan mengikut jadual waktu Bahasa Melayu. Teks Sajak disediakan oleh guru

4) Pertandingan Silang Kata Tahun 4
Dilaksanakan mengikut jadual waktu Bahasa Melayu selama 30 minit. Solat disediakan oleh Unit HEM

5) Pertandingan Pantun tahun 2 dan 3

Pengerusi majlis membuka bicara
Ust. Shaaban mengetuai bacaan doa'
Ust Razali membaca perutusan YB Menteri Pelajaran



PK HEM. Puan Azizah selaku pengerusi program

Ainurraziqin mengetuai Acara Bacaan Ikrar Murid
Para pelajar melafazkan "Ikrar Anti dadah" dengan bersemangat
Persembahan murid-murid Tahun 4
Persembahan Kumpulan Nasyid SKSG

Semua AJK Pelaksana 
Program Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah
ingin merakamkan
jutaan terima kasih
terutama kepada
Tuan Haji Ngatini Bin Salimin
Semua murid-murid.
Dan kepada semua
yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam 
menjayakan program PPDa peringkat sekolah
semoga program ini dapat mencegah seluruh generasi SKSG 
dari terjebak dalam masaalah penagihan dadah diperingkat 
akar umbi.
Sekian Terima Kasih


No comments:

Post a Comment

Mesyuarat Agung PIBG 2020

M esyuarat Agung PIBG kali ke -38, Sk Seri Gambut telah diadakan dengan jayanya pada 29 Februari 2020. Mesyuarat pada asaln...