Murid-murid yang lemah dan gagal dalam peperiksaan merupakan golongan murid yang kerap tidak hadir ke sekolah. Peratus murid yang tidak hadir ini menyumbang kepada peratus penurunan kecemerlangan akademik kerana walaupun sekolah mengadakan pelbagai program peningkatan akademik tetapi objektif program tersebut tidak sampai kepada kumpulan sasaran.Oleh itu satu program "Jom Ke sekolah" telah dirancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia seluruh negara telah dilancarkan.Sekolah Seri Gambut juga tidak ketinggalan dalam menjayakan program julung kali dilancarkan pada 6 Februari 2017.
Objektif:
1. Meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah.
2. Mengurangkan masaalah disiplin.
3. Meningkatkan keperihatinan sekolah dalam menangani masaalah disiplin di sekolah.
4. Meningkatkan prestasi sakhsiah, akademik dan kokurikulum para pelajar
5. Meningkatkan minat para pelajar untuk hadir ke sekolah.
Tentatif program:
- 7.20 : Murid berkumpul di tapak perhimpunan.
- Nyanyian lagu : Negaraku/ Negeri Selangor/Lagu sekolah
- Bacaan Doa
- Ikrar murid
- Bacaan Perutusan Ketua Polis Negara:
Sarjan Mohammad Izi Azuan Bin Sofian
( Penolong Pegawai Penyiasat Narkotik IPD Kuala Selangor)
- Bacaan Perutusan Kementerian Pendidikan Malaysia:
( Puan Ragayah Bt Dris - GPK Hal Ehwal Murid)
- Ucapan Perasmian dan Pelancaran Program "Jom Ke sekolah" dan
Pelancaran peti aduan sekolah.
Tuan Haji Ngatini bin Salimin (Guru Besar)
- 8.30 pagi : Bersurai
Nyanyian Lagu NegaraKu, Negeri Selangor & Lagu sekolah |
Ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, Puan Rudzi Bt Atan |
Bacaan perutusan KPN oleh wakil PDRM IPD Kuala Selangor |
Bacaan Perutusan KPM oleh GPK HEM, Puan Ragayah Dris |
Ucapan perasmian Oleh Tuan Haji Ngatini. Guru Besar SKSG |
Penyerahan Poster oleh wakil PDRM kepada pihak sekolah |
Guru Besar membuka poster kepada semua pelajar |