SKSG INFORMATION BOARD : Selamat bercuti kepada semua pelajar .Jaga SOP dan jaga kesihatan.Jumpa lagi dalam PDPR pada 20 Sept 2021..

Monday, April 10

Majlis Perasmian Minggu Panitia Sains 2017



M
inggu Sains bertujuan untuk mendedahkan murid-murid kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Ia juga dapat mencungkil bakat dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains & Matematik yang dianggap susah dan membosankan. Program-program yang telah dirancang mampu memberi perangsang kepada murid-murid supaya minat terhadap matapelajaran Sains & matematik  dan dapat melahirkan murid yang berketerampilan, kreatif dan inovatif.Oleh itu Panitia Sains & Matematik SKSG telah melancarkan Minggu Sains SKSG 2017 pada 10 April 2017. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ngatini Bin Salimin, Guru Besar SKSG.

Objektif:

  • Menarik minat murid terhadap Sains
  • Mengaplikasikan  pengetahuan Sains dalam kehidupan
  • Meningkatkan prestasi subjek Sains
  • Melahirkan para pelajar yang kreatif & inovatif
  • Meningkatkan motivasi pelajar supaya minat terhadap mata pelajaran Sains
Tentatif Majlis Perasmian:
  • 7.30 pagi: Ucapan aluan pengerusi majlis
  • 7.45       : Gimik Khas Pelancaran Minggu Sains 
  • 8.00       : Perasmian Minggu Sains oleh Tuan Haji Ngatini B.Salimin (Guru Besar)
  • 8.15       : Majlis bersurai 
AKTIVITI SEPANJANG MINGGU SAINS (10 -14 APRIL 2017)
            Tarikh                   Tahun          Aktiviti                   Masa         Tempat 
                      
      11 April 2017      Tahun 2/3      Treasure Hunt          10.20 - 10.50     Bilik Sains

      12 April   2017    Tahun 5         Lorong cahayaku    10.20 - 10.50     Bilik Sains
   
     12 April 2017       Tahun 6          Litar Ajaib             10.20 - 10.50     Bilik Sains

    13 April 2017        Tahun 1                                       10.20 - 10.50    Bilik Sains
    14 April 2017       Semua murid       Kuiz terbuka    10.20 - 10.50      Bilik Sains

    14 April 2017       Tahun 4   Haiwan kesayanganku   10.20 - 10.50     Bilik Sains


PANITIA SAINS SKSG 2017

PENGERUSI            : Tuan Haji Ngatini Bin Salimin
NAIB PENGERUSI : Pn. Azizah Bt Ajis
KETUA PANITIA   : Pn. Saniah Bt Aripin
SETIAUSAHA        : Pn. Nurul Syahidatul Aini Bt Abu Bakar
AJK                          : Ust. Nasrulkhakim Bin Md. Abas


Candid sepanjang majlis perasmian  Minggu Sains 2017


Ketua Panitia Sains , Cikgu Saniah sedang berucap

Tuan Guru Besar sedang membuat gimik perasmian Minggu Sains 2017

Gimik Perasmian siap disempurnakan

Hasil Gimik Perasmian

Ucapan Perasmian Minggu Panitia Sains oleh Tuan Haji Ngatini Salimin

Guru Besar menerangkan kepada semua pelajar tentang kepentingan Sains dalam kehidupan harian


     

Monday, February 6

Program 'Jom ke sekolah" 2017

Murid-murid yang lemah dan gagal dalam peperiksaan merupakan golongan murid yang kerap tidak hadir ke sekolah. Peratus murid yang tidak hadir ini menyumbang kepada peratus penurunan kecemerlangan akademik kerana walaupun sekolah mengadakan pelbagai program peningkatan akademik tetapi objektif program tersebut tidak sampai kepada kumpulan sasaran.Oleh itu satu program "Jom Ke sekolah" telah dirancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia seluruh negara telah dilancarkan.Sekolah Seri Gambut juga tidak ketinggalan dalam menjayakan program julung kali dilancarkan pada 6 Februari 2017.

Objektif:
1. Meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah.
2. Mengurangkan masaalah disiplin.
3. Meningkatkan keperihatinan sekolah dalam menangani masaalah disiplin di sekolah.
4. Meningkatkan prestasi sakhsiah, akademik dan kokurikulum para pelajar
5. Meningkatkan minat para pelajar untuk hadir ke sekolah.

Tentatif program:

  • 7.20 : Murid berkumpul di tapak perhimpunan.
                    - Nyanyian lagu : Negaraku/ Negeri Selangor/Lagu sekolah
                    - Bacaan Doa
                    - Ikrar murid
                    - Bacaan Perutusan Ketua Polis Negara:
                        Sarjan Mohammad Izi Azuan Bin Sofian
                                 ( Penolong Pegawai Penyiasat Narkotik  IPD Kuala Selangor) 

                    - Bacaan Perutusan Kementerian Pendidikan Malaysia:
                        ( Puan Ragayah Bt Dris - GPK Hal Ehwal Murid)

                 - Ucapan Perasmian dan Pelancaran Program "Jom Ke sekolah" dan 
                    Pelancaran peti aduan  sekolah.
                        Tuan Haji Ngatini bin Salimin (Guru Besar)
  • 8.30 pagi : Bersurai 




Nyanyian Lagu NegaraKu, Negeri Selangor & Lagu sekolah






Ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, Puan Rudzi Bt Atan

Bacaan perutusan KPN oleh wakil PDRM IPD Kuala Selangor


Bacaan Perutusan KPM oleh GPK HEM, Puan Ragayah Dris

Ucapan perasmian Oleh Tuan Haji Ngatini. Guru Besar SKSG
Penyerahan Poster oleh wakil PDRM kepada pihak sekolah

Guru Besar membuka  poster kepada semua pelajar

Monday, January 23

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas 2017

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan semua pengawas SKSG 2017 telah disempurnakan dengan jayanya pada 23 Januari 2017. Semua pengawas iaitu Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Briged Siber & Pengawas SPBT telah menerima watikah perlantikan masing-masing. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Tuan Haji Ngatini Bin Salimin.Semua warga sekolah berharap agar semua pengawas yang telah diamanahkan tugas agar dapat menjalankan tugas dengan ikhlas dan dedikasi tanpa mengira waktu untuk memudahkan tugas-tugas semua guru.

Penyelaras Unit Disiplin , Ustazah Norsasarina sedang menyampaikan ucapan

Bacaan Ikrar Perlantikan diketuai oleh Mohd Nazreen, Ketua Pengawas sessi 2017

PK 1 , Ustazah Azizah Ajis sedang menyampaikan watikah


Tuan Guru Besar sedang menyampaikan watikah

Adam Izuddin sedang menerima watikah pengawas

Mohd Ameer Zahin sedang menerima watikah

Mohd Imran menerima watikah Pengawas dari Tuan Guru Besar


Mohd Syahrul Azmi sedang menerima watikah pengawas

Penolong Ketua Pengawas 2017 .Nurul Ain Natasha




Semua pengawas sedang membaca ikrar perlantikan


Semua pengawas sedang membaca ikrar perlantikan




Bacaan ikrar semua pengawas diketuai oleh Muhd Nazreen , Ketua Pengawas 2017




Pengawas Sekolah sessi 2017

Pengawas Pusat Sumber sessi 2017

Briged Siber sekolah sessi 2017

Pengawas SPBT sessi 2017

Thursday, January 5

Latihan merentas desa 2017

Acara merentas desa adalah acara pembukaan dalam kalendar sukan MSSD setiap tahun.Semua sekolah samaada peringkat rendah atau menengah wajib menghantar perserta ke Kejohanan Merentas Desa peringkat MSSD. Semua sekolah terlibat sibuk menjalankan latihan untuk memilih wakil untuk dihantar ke kejohanan MSSD Kuala Selangor 2017. Sk Seri Gambut juga tidak ketinggalan dalam membuat persiapan dengan mengadakan sessi latihan pemanas badan sebelum acara rasmi merentas desa peringkat sekolah diadakan untuk memilih peserta mewakili sekolah . Guru Penasihat Merentas desa peringkat sekolah diketua oleh Cikgu Mohd Nuzaihan Mizhar dengan dibantu oleh semua guru terlibat telah mengadakan sessi latihan pemanas badan pada 5 Januari 2017. Peserta yang terlibat adalah semua pelajar tahun 4 hingga 6 ,kategori lelaki dan perempuan
 
Sessi pemanasan badan dikendalikan oleh Puan Siti Rozita

"Dua kali kiri..dua kali kanan..lagi dan lagi



Peserta perempuan sedang bersedia di garisan permulaan
Peserta lelaki sedang bersedia di garisan permulaan

Peserta bersemangat memulakan larian

Langkah sudah mulai perlahan di pertengahan larian
"Korang nak ni tak"...jom lari belakang kami
Cikgu Nuzaihan bersama Cikgu Ali sedang memantau peserta

Hati-hati kan ular tu ikut sama    

Mesyuarat Agung PIBG 2020

M esyuarat Agung PIBG kali ke -38, Sk Seri Gambut telah diadakan dengan jayanya pada 29 Februari 2020. Mesyuarat pada asaln...