SKSG INFORMATION BOARD : Selamat bercuti kepada semua pelajar .Jaga SOP dan jaga kesihatan.Jumpa lagi dalam PDPR pada 20 Sept 2021..

Wednesday, January 15

Kejohanan Merentas Desa SKSG 2020

Kejohanan merentas desa peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Gambut 2020 telah diadakan dengan meriahnya.Kejohanan merentas desa adalah acara wajib tahunan dalam kalendar kokurikulum sekolah. Semua pelajar tahap dua telah menyertai kejohanan merentas desa 2020.Acara penutup kejohanan ini telah dirasmikan oleh Tuan Mohd Azmil Bin Misman,Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Peduli Rakyat, DUN Sungai Burong.Johan bagi acara lelaki telah diungguli oleh Saiful Hakimi Bin Saiful Hizam manakala bagi kategori perempuan telah diungguli oleh Nur Aqilah Bt Mat Tarmidi. Syabas dan tahniah kepada semua pemenang yang akan terpilih ke kejohanan Merentas desa peringkat daerah yang akan diadakan SK Sri Pristana.

Candid sepanjang kejohanan merentas desa SKSG 2020
Warming up session sedang dikendalikan oleh Cikgu Saniah

Dipimpin oleh team Senamrobik SKSG

Murid-murid memulakan acara warming up


Acara dilepaskan oleh Tuan Guru Besar, En. Azron Bin Suradi

Ke garisan...sedia......... 






Ucapan aluan oleh Tuan Guru Besar, En. Azron Bin Suradi



Ucapan Perasmian Penutup oleh  Tuan Mohd Azmil Bin Misman (Pegawai Penyelaras Khidmat Peduli Rakyat)DUN Sg.Buromg

Johan kategori lelaki , Saiful Hakimi Bin Saiful Hizam
Johan kategori Perempuan , Nur Aqilah Bt Mat Tarmidi










Kami guru-guru mengucapkan tahniah kepada AJK makanan

Pemenang-pemenang bersama Tuan Haji Mohd Shaaban Bin Sujak
Seluruh Barisan AJK Pelaksana

 Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah sessi 2020

ingin mengucapkan 

jutaan terima kasih

Terutama kepada

Tuan Mohd Azmil Bin Misman
(Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Peduli Rakyat
DUN Sungai Burong 

dan 
kepada semua yang terlibat dalam menjayakan 
Kejohanan merentas desa 
Peringkat SKSG 2020

TERIMA KASIH

Monday, January 13

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas SKSG 2020

Majlis Penyerahan watikah perlantikan semua pengawas SKSG 2020 telah disempurnakan dengan jayanya pada hari ini. Majlis penyerahan watikah ini adalah untuk semua pengawas yang telah terpilih untuk menggalas tanggungjawab membantu guru-guru melancarkan penjalanan setiap unit.Pengawas yang telibat adalah pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber sekolah, pengawas SPBT dan Briged Siber sekolah.Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar ,Encik Azron Bin Suradi.Guru besar berharap agar semua pengawas yang telah dilantik agar dapat menjalankan tugas dengan cemerlang untuk memudahkan tugas guru-guru disetiap unit.Tahniah dan syabas.

 Gambar sekitar majlis penyerahan watikah perlantikan semua pengawas SKSG 2020

Ucapan perasmian oleh Guru Besar, Encik Azron Bin Suradi  
Ucapan oleh GPK HEM, Puan Ragayah Bt Dris
Penyerahan Watikah Perlantikan Ketua Pengawas 2020, Nur Aqilah Bt Mat Tarmidi
Penyerahan watikah Penolong Ketua Pengawas, Alisha Shuhada Bt Hishamuddin
Bacaan ikrar semua pengawas yang telah dilantik


Pengawas SPBT

Briged Siber

Pengawas Pusat Sumber

Pengawas Sekolah

Thursday, January 2

Hari Pertama Persekolahan Tahun 2020

Hari pertama persekolahan sessi 2020 dimulakan dengan perhimpunan rasmi.Semua pelajar hadir dengan semangat baru dalam keadaan ceria dan bersemangat untuk memulakan sessi persekolahan baharu dengan azam baharu.Guru besar , Encik Azron Bin Suradi menyampaikan ucapan ringkas kepada semua guru, pelajar dan ibubapa tentang perjalanan perancangan sekolah bagi sessi 2020. Guru besar berharap agar semua pihak dapat memberikan komitment terbaik demi kelansungan kecemerlangan sekolah agar sentiasa memastikan pencapaian sekolah dapat dikekalkan dan ditingkatkan dengan pencapaian yang lebih baik. Hari pertama persekolahan juga telah dilancarkan "Program Jom Ke sekolah " oleh pegawai seranta sekolah iaitu Saran A.Samad dari IPD Kuala Selangor.Diharapkan kepada semua warga sekolah dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan terbaik demi melahirkan modal insan terbaik untuk mewarisi kepimpinan negara pada masa hadapan.

Cadid sepanjang hari pertama persekolahan sessi 2020

Guru Besar sedang menyampaikan ucapan




Murid-murid sedang khusyuk mendengar ucapan

Kehadiran pegawai seranta sekolah


Barisan ibubapa/penjaga yang hadir sedang mendengar taklimat


Sarjan A.Samad sedang menyampaikan taklimat "Program Jom Ke Sekolah 2020"

Saturday, October 12

Sukan Tahunan 2019

Sukan Tahunan Sk Seri Gambut 2019 telah diadakan pada 12 Oktober 2019. Sukan tahunan ini telah dijalankan dengan meriah dengan pelbagai acara telah dipertandingkan.Tiga rumah sukan iaitu Rumah Merah, Rumah Kuning dan Rumah Biru telah bersaing untuk merebut hadiah yang telah ditawarkan.Hari Sukan Tahunan SKSG 2019 telah disempurnakan majlis perasmiannya olehTuan Mohd Azmil B. Miswan, Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Peduli Rakyat DUN Sungai Burong.Tuan Azmil, melalui pusat khidmat DUN Sungai Burong telah bermurah hati telah
meluluskan sumbangan sebanyak RM3000.00 bagi menampung perbelanjaan acara sukan tahunan SKSG.

Ucapan aluan oleh Tuan Guru Besar En. Azron Bin Suradi

Ucapan Perasmian oleh Tuan Azmil Bin Misman (Penyelaras DUN Sg. Burong





   
Acara senam robik bermula

Semua pelajar sedang mengambil tempat untuk acara senam robik














Dua sejoli pengerusi majlis yang mantap sedang mengacarakan majlis perasmian




Tuan Azmil sedang melepaskan acara akhir tarik tali perempuan antara  Merah Vs Kuning

Peserta rumah Kuning sedang mengerah tenaga menarik tali

Tarik.................tarik...................tarik


"Sakit dah tangan aku ni oiii..bila nak habis ni"

yeyyyy kami menang.
Barisan tetamu yang hadir memeriahkan majlis perasmian
Semua peserta sila dengar arahan saya.....Otai Sukan SKSG
Peserta mengisi air dalam botol sedang beraksi
Orang kuat hadiah
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Azmil
"Jom kita tarik sampai putus tali..biar padan muuka dia orang"
Peserta acara berganti Tahun 1-6 sedang beraksi
Acara larian terus tahap 1
Peserta larian terus sedang bertukar baton
Acara penyampaian hadiah
Peserta Rumah Kuning sedang mengerah tenaga menarik tali
Penyampaian Hadiah










Semua

Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Sukan Tahunan 2019

Sekolah Kebangsaan Seri Gambut

Merakamkan rasa penghargaan dan

jutaan terima kasih

Kepada

En. Muhd Azmil  Bin Misman

(Penyelaras DUN Sg. Burong)

AJK PIBG

PPD Kuala Selangor

Ibu Pejabat Polis Daerah

 Ketua-ketua Kampung

Para Dermawan

AJK temasya Sukan Tahunan 2019

Belia 4B Seri Gambut & Sungai Sireh

Dan

Kepada semua orang perseorangan atau kumpulan yang

terlibat secara  langsung atau tidak

langsung dalam

menjayakan Sukan Tahunan SKSG 2019




  

















Mesyuarat Agung PIBG 2020

M esyuarat Agung PIBG kali ke -38, Sk Seri Gambut telah diadakan dengan jayanya pada 29 Februari 2020. Mesyuarat pada asaln...