SKSG INFORMATION BOARD : Selamat bercuti kepada semua pelajar .Jaga SOP dan jaga kesihatan.Jumpa lagi dalam PDPR pada 20 Sept 2021..

Monday, April 10

Majlis Perasmian Minggu Panitia Sains 2017



M
inggu Sains bertujuan untuk mendedahkan murid-murid kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Ia juga dapat mencungkil bakat dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains & Matematik yang dianggap susah dan membosankan. Program-program yang telah dirancang mampu memberi perangsang kepada murid-murid supaya minat terhadap matapelajaran Sains & matematik  dan dapat melahirkan murid yang berketerampilan, kreatif dan inovatif.Oleh itu Panitia Sains & Matematik SKSG telah melancarkan Minggu Sains SKSG 2017 pada 10 April 2017. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ngatini Bin Salimin, Guru Besar SKSG.

Objektif:

  • Menarik minat murid terhadap Sains
  • Mengaplikasikan  pengetahuan Sains dalam kehidupan
  • Meningkatkan prestasi subjek Sains
  • Melahirkan para pelajar yang kreatif & inovatif
  • Meningkatkan motivasi pelajar supaya minat terhadap mata pelajaran Sains
Tentatif Majlis Perasmian:
  • 7.30 pagi: Ucapan aluan pengerusi majlis
  • 7.45       : Gimik Khas Pelancaran Minggu Sains 
  • 8.00       : Perasmian Minggu Sains oleh Tuan Haji Ngatini B.Salimin (Guru Besar)
  • 8.15       : Majlis bersurai 
AKTIVITI SEPANJANG MINGGU SAINS (10 -14 APRIL 2017)
            Tarikh                   Tahun          Aktiviti                   Masa         Tempat 
                      
      11 April 2017      Tahun 2/3      Treasure Hunt          10.20 - 10.50     Bilik Sains

      12 April   2017    Tahun 5         Lorong cahayaku    10.20 - 10.50     Bilik Sains
   
     12 April 2017       Tahun 6          Litar Ajaib             10.20 - 10.50     Bilik Sains

    13 April 2017        Tahun 1                                       10.20 - 10.50    Bilik Sains
    14 April 2017       Semua murid       Kuiz terbuka    10.20 - 10.50      Bilik Sains

    14 April 2017       Tahun 4   Haiwan kesayanganku   10.20 - 10.50     Bilik Sains


PANITIA SAINS SKSG 2017

PENGERUSI            : Tuan Haji Ngatini Bin Salimin
NAIB PENGERUSI : Pn. Azizah Bt Ajis
KETUA PANITIA   : Pn. Saniah Bt Aripin
SETIAUSAHA        : Pn. Nurul Syahidatul Aini Bt Abu Bakar
AJK                          : Ust. Nasrulkhakim Bin Md. Abas


Candid sepanjang majlis perasmian  Minggu Sains 2017


Ketua Panitia Sains , Cikgu Saniah sedang berucap

Tuan Guru Besar sedang membuat gimik perasmian Minggu Sains 2017

Gimik Perasmian siap disempurnakan

Hasil Gimik Perasmian

Ucapan Perasmian Minggu Panitia Sains oleh Tuan Haji Ngatini Salimin

Guru Besar menerangkan kepada semua pelajar tentang kepentingan Sains dalam kehidupan harian


     

No comments:

Post a Comment

Mesyuarat Agung PIBG 2020

M esyuarat Agung PIBG kali ke -38, Sk Seri Gambut telah diadakan dengan jayanya pada 29 Februari 2020. Mesyuarat pada asaln...