SKSG INFORMATION BOARD : Selamat bercuti kepada semua pelajar .Jaga SOP dan jaga kesihatan.Jumpa lagi dalam PDPR pada 20 Sept 2021..

Monday, February 27

Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 2012

Program Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat sekolah telah dilancarkan. Butiran program adalah seperti dibawah.

Tarikh     : 27 Februari 2012 
Hari        : Isnin
Anjuran  : Unit Hal Ehwal Murid
Tempat  : Tapak Perhimpunan SKSG
Perasmi : Tuan Haji Ngatini Bin Salimin (Guru Besar)
Tema      : " 1 Malaysia Membanteras Dadah"

PENDAHULUAN

              Masalah penyalahgunaan dadah di kalangan remaja semakin membimbangkan. Situasi yang mula menular secara drastik ke sekolah seterusnya meracuni generasi muda ini perlulah dibendung dengan segera sebelum keadaan melarat. 
              Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menyelidik pelaksanaan program pendidikan pencegahan dadah di sekolah rendah sebagai salah satu usaha negara memerangi gejala penyalahgunaan dadah .  Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif  untuk mendapat gambaran yang  menyeluruh tentang keberkesanan pelaksanaan PPDa di sekolah dan tertumpu kepada sekolah-sekolah rendah yang berisiko dalam penyalahgunaan bahan di Semenanjung Malaysia.
  Bagi tujuan triangulasi data, kajian ini dilaksanakan secara rentasan (cross-sectional) di mana pengumpulan data menggunakan pelbagai instrumen kajian seperti soal selidik, temubual, senarai semak dan soalan temubual berstruktur. Implikasi daripada dapatan kajian ini dapat mengolah masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah rendah.
  Masalah penyalahgunaan dadah di kalangan murid sekolah perlulah dibendung segera agar misi negara mencapai matlamat sekolah bebas dadah 2012 dapat direalisasikan


MATLAMAT
              Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kemahiran, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru dan kakitangan pendidikan serta warga SKSG agar mereka menjauhi rokok, inhalan, alkohol, dadah dan HIV/Aids  dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “ Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012

OBJEKTIF
1. Mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya dadah/ancaman penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan,HIV/Aids di kalangan murid, guru dan warga SKSG.
2. Membina kekuatan dalaman murid dan menyediakan mereka dari segi pemikiran dan tindakan supaya menjauhi dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids
3. Mengesan murid yang terlibat dengan penggunaan dadah, rokok, alkohol, dan inhalan untuk proses bimbingan pemulihan sahsiah.
4. Mempastikan tindakan segera diambil untuk membantu murid yang berisiko tinggi berkaitan penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV / Aids.
5. Memantau dan membimbing, membantu mengawal dan menyelia murid yang terlibat dengan penggunaan dadah, rokok, alkohol, dan inhalan supaya meninggalkan tabiat buruk mereka

SASARAN
Semua Warga  SK Seri Gambut.


ATURCARA MAJLIS PERASMIAN

07.30 :     Berhimpun di Tapak Perhimpunan
                Nyanyian lagu “Negaraku”
                Nyanyian lagu “Negeri Selangor”
                Nyanyian lagu “Rasmi Sekolah”
               Bacaan Doa (En Mohd Shaaban B. Sujak)
               Bacaan Perutusan YB Menteri Pelajaran Malaysia (Oleh : En Mohd Razali B Napiah PK1)
               Ucapan Pengerusi Program (Pn Azizah Bt. Ajis)
               Ucapan Perasmian (Tn. Haji Ngatini B. Salimin - Guru Besar)
               Ikrar Murid (Diketuai oleh : Ainurraziqin Bt. Ahmad Shahminan - Ketua Murid)
               Persembahan Murid Tahun 5
               Taklimat Aktiviti Sepanjang Minggu
08.00 : Bersurai

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Penasihat                 : Tuan Hj Ngatini B. Salimin
Pengerusi                 : Pn Azizah Bt Ajis
Timb. Pengerusi 1    : En Mohd Razali B. Napiah
Timb. Pengerusi 2    : Pn Ragayah Bt Dris
Setiausaha               : En Nasrulkhakim B. Md. Abas
Bendahari                : En Khairul Anuar B. Zakaria
Pengerusi Majlis       : En Nasrulkhakim B. Md. Abas
Bacaan Doa             : En Mohd Shaaban B. Sujak
Hadiah                     : Pn Siti Rozita Bt. Misngat
                                 Cik Lee Mei Feng
                                 Cik Siti Azarina Bt Amzah
Poster Tahap 2         : En Ahmad Ismail Muhammad (Tahun 4&5)
                                  Pn Rudzi Bt. Atan (Tahun 6)
Mewarna Tahap 1     : Pn Siti Rozita Bt. Misngat (Tahun 1)
                                   Pn Surmaliah Bt. Pakih (Tahun 3)
Sajak                        : En Ahmad Ismail B. Muhammad (Tahun 5)
                                  Pn Surmaliah Bt. Pakih (Tahun 6)
Pantun                       : Pn Ragayah Bt. Dris (Tahun 2)
                                       Pn Rudzi Bt. Atan (Tahun 3)
Silang Kata                 : En Khairul Anuar B. Zakaria (Tahun 4)
Disiplin Murid             : En Mohd Fairus Hamzah
                                    Pn Nassuhada Bt. Shukor                             
Siaraya/Media             : E. Sallehuddin Hussin
Dokumentasi               : En Mohd Ali B. Zaman
                                     Pn Nurul Syahidatul Aini Abu Bakar
Barisan guru-guru


 
PELAKSANAAN MINGGU PROGRAM
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Murid tekun mendengar taklimat

1) Pertandingan Melukis Poster Tahap 2
Dilaksanakan mengikut jadual waktu Pend. Seni Visual dan akan diselia oleh guru matapelajaran tersebut.

2) Pertandingan mewarna Tahap 1
Dilaksanakan mengikut jadual waktu Pend. Seni Visual dan akan diselia oleh guru matapelajaran tersebut.

3) Pertandingan Mendeklamasikan Sajak Tahun 5 dan 6
Dilaksanakan mengikut jadual waktu Bahasa Melayu. Teks Sajak disediakan oleh guru

4) Pertandingan Silang Kata Tahun 4
Dilaksanakan mengikut jadual waktu Bahasa Melayu selama 30 minit. Solat disediakan oleh Unit HEM

5) Pertandingan Pantun tahun 2 dan 3

Pengerusi majlis membuka bicara
Ust. Shaaban mengetuai bacaan doa'
Ust Razali membaca perutusan YB Menteri Pelajaran



PK HEM. Puan Azizah selaku pengerusi program

Ainurraziqin mengetuai Acara Bacaan Ikrar Murid
Para pelajar melafazkan "Ikrar Anti dadah" dengan bersemangat
Persembahan murid-murid Tahun 4
Persembahan Kumpulan Nasyid SKSG

Semua AJK Pelaksana 
Program Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah
ingin merakamkan
jutaan terima kasih
terutama kepada
Tuan Haji Ngatini Bin Salimin
Semua murid-murid.
Dan kepada semua
yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam 
menjayakan program PPDa peringkat sekolah
semoga program ini dapat mencegah seluruh generasi SKSG 
dari terjebak dalam masaalah penagihan dadah diperingkat 
akar umbi.
Sekian Terima Kasih


Wednesday, February 22

Program Suai Mesra Ibubapa/Guru 2012

Program Suai Mesra Ibubapa/Guru 2012 telah diadakan pada 22 Februari 2012.Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Shamsudin Bin Haji Lias ( ADUN Sg. Burong)
YB Dato' Shamsudin Bin Haji Lias menyampaikan Ucapan Perasmian



P 
rogram Suai Mesra Ibubapa/Guru 2012 adalah program yang di rancang bersama guru-guru Tahun 6 & Ibubapa/Penjaga. Program ini di adakan bagi mewujudkan jalinan mesra antara penjaga & guru-guru untuk meningkatkan prestasi UPSR 2012.

OBJEKTIF
Membina hubungan yang mesra antara guru dengan ibubapa.

MATLAMAT
Membentuk kerjasama antara ibubapa dan guru dalam merealisasikan program-program kecemerlangan UPSR demi melahirkan pelajar SKSG yang cemerlang.

PESERTA:
  - Ibubapa/penjaga murid-murid Tahun 5 & 6
  - Calon-calon UPSR 2012 & 2013

TENTATIF PROGRAM

8.30     Pendaftaran ibu bapa
9.00     Kehadiran YB Dato' Haji Shamsudin b Lias
9.15    
  •            Ucapan aluan pengerusi majlis
  •             Bacaan doa
  •             Ucapan Guru Besar
  •             Ucapan Guru penyelaras UPSR

09.30    Ucapan perasmian oleh :
            YB. Dato' Haji Shamsudin b Haji Lias (ADUN Sg. Burong)

10.10    REHAT (jamuan ringan)

10.20    Ucapan guru semua mata pelajaran UPSR
           Dialog
           Ucapan rumusan YDP PIBG

11.30  Majlis tamat

YB Shamsudin sedang kusyuk mendengar ucapan GB
GB membentangkan hala tuju serta target calon UPSR 2012
YDP PIBG, En. Marwan sedang menyampaikan ucapan

Wakil Ibubapa , En. Adimon sedang berkongsi rahsia kejayaan anak.

Ust Razali. PK1 sedang mendengar ucapan



 
AHLIJAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

PENGERUSI                : Tn. Hj. Ngatini b Salimin
TIMB. PENGERUSI       : En. Razali b Napiah
NAIB PENGERUSI 1      : Pn. Azizah bt ajis
NAIB PENGERUSI 2      : Pn. Ragayah bt Dris
SETIAUSAHA              : Pn. Rudzi bt Atan
BENDAHARI               : Pn. Surmaliah bt Pakih

AHLIJAWATANKUASA

Pengacara majlis        : En. Ali Bin Zaman
Persiapan dewan        : En. Khairul Anuar B. Zakaria
                                En. Nasrulkhakim Md Abas
Brosur                     : En. Sallehuddin Hussin
Jamuan                   : Pn. Rudzi  bt Atan

 
PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2012

1. Mari pandai membaca
2. Program suaimesra
3. Kelas Tambahan (Sabtu)
4. Kelas Tuisyen /intensif/kelas malam
5. Lawatan sambil belajar
6. Klinik Matapelajaran    
7. Kumpulan Studi Terancang
8. Pengukuhan pelajar
9. Kelas Intensif ( Jadual Anjal)
10. Latih tubi menjawab soalan
11. Bengkel teknik menjawab soalan UPSR      (B.Melayu, Sains, B.Inggeris, Matematik)
12. Solat Hajat, dhuha dan Bacaan Yassin
13. Bermaaf-maafan ( Restu Ilmu )
14. Kem Motivasi & Bengkel Teknik Menjawab
Pengerusi Majlis, Cikgu Ali sedang bersedia membantu GB

PENGHARGAAN
Semua AJK Pelaksana Program Suai Mesra Ibubapa/Guru 2012
ingin merakamkan jutaan terima kasih
terutama kepada
YB Dato' Haji Shamsudin Bin Haji Lias ( ADUN Sg. Burong)
PIBG
Ibubapa/Penjaga Murid tahun 5 & 6
Para Pelajar Tahun 5 & 6
dan
kepada semua yang terlibat 
secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan 

Program Suai Mesra ibubapa/penjaga bersama guru-guru UPSR 2012

Syabas & Tahniah

TERIMA KASIH

Monday, February 13

Pelancaran Minggu Panitia Pendidikan Islam 2012

Minggu Panitia Pendidikan Islam SK Seri Gambut adalah aktiviti tahunan sekolah. Minggu Panitia Pendidikan Islam 2012 telah dilancarkan pada Hari Isnin 13 Februari 2012
Tempoh : 13/2/2012 - 17/2/2012
Tema : Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

MATLAMAT :
Murid-murid dapat menghayati & mengamalkan konsep kehidupan Rasulullah S.A.W dalam kehidupan seharian berlandaskan Al-Quraan & Al- Sunnah.

OBJEKTIF :
1. Memberi galakan kepada murid-murid untuk menyertai aktiviti berkaitan Pendidikan Islam dan menghayatinya dengan baik.
2. Murid-murid dapat mengamalkan adab-adab Islam dengan sebenarnya.
3. Murid sentiasa mencontohi amalan dan akhlak Rasulullah S.A.W
4. Memperingati sirah Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W
5. Murid-murid menjadi pelajar contoh dalam kehidupan seharian mereka.

SASARAN :
Semua murid SK Seri Gambut

TENTATIF MINGGU PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2012

Isnin : ( 13 Feb 2012)
  • Perasmian Minggu Panitia Pendidikan Islam SKSG 
  • Penerangan aktiviti yang akan berlangsung sepanjang minggu panitia.
  • Kuiz Al-lugahtul A'rabiah Tahun 4
  • Pertandingan Mari Mengira dalam Bahasa Arab Tahun 3.
  • Pertandingan Melukis Poster (Tahan 2) sempena Sambutan Maulidurrasul.
Selasa : (14 Feb 2012)
  • Pertandingan Mari Mengira Dalam B.Arab Tahun 2.
  • Persiapan Mencipta Sepanduk sempena sambutan Maulidurrasul 2012.
  • Latihan Selawat Nabi
Rabu : ( 15 Feb 2012)
  • Pertandingan Mari Mengira Dalam B.Arab Tahun 1
  • Pertandingan Mewarna & Menulis Kaligrafi Khat Tahap 1 & Tahap 2
  • Latihan Selawat Nabi
Khamis : ( 16 Feb 2012)
  • Pertandingan Nasyid Asma'ul Husna Tahun 3, 4, 5 & 6
  • Kuiz Al-Lugahtul A'rabiah Tahun 5
  • Latihan Selawat
Jumaat : (17 Feb 2012)
  • Perarakan Sambutan Maulidurrasul 2012
  • Ceramah Motivasi Mualidurrasul
  • Majlis Penutup Minggu Panitia Pendidikan Islam SKSG 2012
  • Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang
Aktiviti lain:
  • Pertandingan mengenali tokoh-tokoh Islam
  • Kuiz Pendidkan Islam berpandukan Sukatan Pelajaran Setiap Kelas.
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MINGGU PANITIA PEND. ISLAM 2012 

Pengerusi              : Tuan Haji Ngatini Bin Salimin
Naib pengerusi      : Ust. Mohd Razali B. Napiah
Timb. Pengerusi 1 :  Ustazah Azizah Bt Ajis
Timb. Pengerusi 2 : Puan Ragayah Bt Dris
Penyelaras            : Ust. Mohd shaaban Bin Sujak
Setiausaha            : Ust. Nasrulkhakim B. Md. Abas
Bendahari             : Ust. Azizah Bt Ajis
Pengerusi majlis    : En. Mohd Ali Zaman
Jamuan                 : Pn. Rudzi Bt Atan
                              Pn. Nassuhada bt Shukor
Cenderahati          : Pn. Surmaliah Bt Pakih
                              Cik Lee Mei Feng
Persiapan dewan   : Ust. Nasrulkhakim Md. Abas
                               En. Kahirrul Anuar Zakaria
P.A System           : En. Ahmad Ismail B. Muhammad
Media/Siaraya       : En. Sallehuddin Hussin
Disiplin murid         : En. Mohd Fairus Hamzah
                               Puan Siti Rozita Misngat
Dokumentasi          : Puan Nurul Syahidatul Aini Bt Abu Bakar

    Ust Shaaban sedang memberi taklimat
    Puan Azizah sedang menunggu Majlis bermula
    Pengerusi Majlis Perhimpunan Muhd Fikri
    Pelajar-pelajar sedang khusyuk mendengar
    Mohd Faes sedang bersedia untuk membaca doa
    Warga pendidik SKSG









    Mesyuarat Agung PIBG 2020

    M esyuarat Agung PIBG kali ke -38, Sk Seri Gambut telah diadakan dengan jayanya pada 29 Februari 2020. Mesyuarat pada asaln...