SKSG INFORMATION BOARD : Selamat bercuti kepada semua pelajar .Jaga SOP dan jaga kesihatan.Jumpa lagi dalam PDPR pada 20 Sept 2021..

Monday, January 23

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas 2017

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan semua pengawas SKSG 2017 telah disempurnakan dengan jayanya pada 23 Januari 2017. Semua pengawas iaitu Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Briged Siber & Pengawas SPBT telah menerima watikah perlantikan masing-masing. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Tuan Haji Ngatini Bin Salimin.Semua warga sekolah berharap agar semua pengawas yang telah diamanahkan tugas agar dapat menjalankan tugas dengan ikhlas dan dedikasi tanpa mengira waktu untuk memudahkan tugas-tugas semua guru.

Penyelaras Unit Disiplin , Ustazah Norsasarina sedang menyampaikan ucapan

Bacaan Ikrar Perlantikan diketuai oleh Mohd Nazreen, Ketua Pengawas sessi 2017

PK 1 , Ustazah Azizah Ajis sedang menyampaikan watikah


Tuan Guru Besar sedang menyampaikan watikah

Adam Izuddin sedang menerima watikah pengawas

Mohd Ameer Zahin sedang menerima watikah

Mohd Imran menerima watikah Pengawas dari Tuan Guru Besar


Mohd Syahrul Azmi sedang menerima watikah pengawas

Penolong Ketua Pengawas 2017 .Nurul Ain Natasha




Semua pengawas sedang membaca ikrar perlantikan


Semua pengawas sedang membaca ikrar perlantikan




Bacaan ikrar semua pengawas diketuai oleh Muhd Nazreen , Ketua Pengawas 2017




Pengawas Sekolah sessi 2017

Pengawas Pusat Sumber sessi 2017

Briged Siber sekolah sessi 2017

Pengawas SPBT sessi 2017

Thursday, January 5

Latihan merentas desa 2017

Acara merentas desa adalah acara pembukaan dalam kalendar sukan MSSD setiap tahun.Semua sekolah samaada peringkat rendah atau menengah wajib menghantar perserta ke Kejohanan Merentas Desa peringkat MSSD. Semua sekolah terlibat sibuk menjalankan latihan untuk memilih wakil untuk dihantar ke kejohanan MSSD Kuala Selangor 2017. Sk Seri Gambut juga tidak ketinggalan dalam membuat persiapan dengan mengadakan sessi latihan pemanas badan sebelum acara rasmi merentas desa peringkat sekolah diadakan untuk memilih peserta mewakili sekolah . Guru Penasihat Merentas desa peringkat sekolah diketua oleh Cikgu Mohd Nuzaihan Mizhar dengan dibantu oleh semua guru terlibat telah mengadakan sessi latihan pemanas badan pada 5 Januari 2017. Peserta yang terlibat adalah semua pelajar tahun 4 hingga 6 ,kategori lelaki dan perempuan
 
Sessi pemanasan badan dikendalikan oleh Puan Siti Rozita

"Dua kali kiri..dua kali kanan..lagi dan lagi



Peserta perempuan sedang bersedia di garisan permulaan
Peserta lelaki sedang bersedia di garisan permulaan

Peserta bersemangat memulakan larian

Langkah sudah mulai perlahan di pertengahan larian
"Korang nak ni tak"...jom lari belakang kami
Cikgu Nuzaihan bersama Cikgu Ali sedang memantau peserta

Hati-hati kan ular tu ikut sama    

Tuesday, January 3

Hari Pertama Persekolahan 2017

Sekolah dibuka secara rasmi pada 3 Januari 2017. Semua murid begitu bersemangat kembali ke sekolah dengan pakaian serba baharu setelah bercuti selama sebulan. Kehadiran ke sekolah pada hari pertama adalah saat dinantikan terutama bagi pelajar tahun 1 yang baru menjejakkan kaki  ke alam persekolahan. Hari pertama persekolahan dimulakan dengan perhimpunan ringkas. Guru besar memberi ucapan dengan memberi kata-kata semangat kepada semua pelajar agar sentiasa membudayakan "Budaya Ilmu" sepanjang zaman.Tuan Guru Besar juga memberi kata-kata semangat kepada semua pelajar tahun 1 dan kepada semua calon UPSR 2017 agar sentiasa berusaha gigih untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik mahupun kokurikulum.Semua guru mengalukan kehadiran semua pelajar dengan wajah ceria dan bersemangat untuk memulakan sessi persekolahan 2017.

Guru bertugas minggu Pertama Cikgu Mohd Ali

Tuan Guru Besar sedang menyampaikan ucapan

Semua murid tekun mendengar ucapan guru

Barisan pendidik SKSG 2017

Guru contoh terbaik

Guru Besar sedang memberi taklimat kepada penjaga murid Tahun 1

Penjaga bersama anak-anak sedang mendengar taklimat

Murid-murid tahun 1 sedang mendengar taklimat dari Guru Besar


Mesyuarat Agung PIBG 2020

M esyuarat Agung PIBG kali ke -38, Sk Seri Gambut telah diadakan dengan jayanya pada 29 Februari 2020. Mesyuarat pada asaln...