SKSG INFORMATION BOARD : Selamat bercuti kepada semua pelajar .Jaga SOP dan jaga kesihatan.Jumpa lagi dalam PDPR pada 20 Sept 2021..

Friday, March 1

Majlis Sanjungan Budi Puan Zahiah Bt Misran 2019

Majlis Sanjungan Budi telah diadakan bagi meraikan perpisahan GPK Kokurikulum SK Seri Gambut iaitu Puan Hajjah Zahiah Bt Misran pada 1 Mac 2019. Beliau akan memegang jawatan sebagai  GPK Hal Ehwal Murid di SK Berjaya. Majlis diraikan dengan begitu meriah sekali oleh seluruh warga SKSG termasuk PIBG  bagi mengenang jasa beliau yang banyak memberi sumbangan  cemerlang dalam perjalanan pentadbiran pengurusan Kokurikulum SKSG. Seluruh warga SKSG mendoakan agar beliau akan lebih berjaya di tempat baharu dan semoga diberi kesihatan yang berpanjangan sepanjang menjalankan tugas baharu beliau.

                                                Candid sepanjang majlis berlangsung 

Ucapan pengerusi majlis Cikgu Mohd Ali

Bacaan Doa oleh Tuan Haji Mohd Shaaban Bin Sujak

Ucapan YDP SKSG En Maruwan Ahmad

Ucapan tuan Guru Besar En. Azron Bin Suradi
Yang Diraikan Puan Hajjah Zahiah sedang menyampaikan Ucapan Perpisahan

Cikgu ..jangan tinggalkan saya...huhuhuhuhuhuh


Saya sangat sedih atas kehilangan guru kesayangan kami..

Orang penting disebalik perjalanan lancar majlis perpisahan


Murid sedang membuat persembahan

Kenangan besama kalian akan terpahat sebagai memori terindah dalam perkhidmatan di SKSG

Terima Kasih GPK Kokurikulum kerana belanja kami hari ini


Seluruh barisan AJK Pelaksana Majlis Sanjungan Budi

Puan Hajjah Zahiah Bt Misran

Ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih

atas segala sumbagan yang diberikan 

kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak

dalam menjayakan majlis ini


TERIMA KASIH

'SEPAKAT KITA SEKOLAH GEMILANG"

THIS IS SKSG

Wednesday, February 27

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-37

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-37 telah diadakan pada 23 Februari 2019.Mesyuarat Agung mengikut perancangan awal akan  dirasmikan oleh Tuan Mohd Azmil Bin Misman, Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Peduli Rakyat DUN N08 Sungai Burong tetapi atas sebab-sebab tertentu beliau menghantar wakilnya iaitu Encik Aminasrul Asrizal bin Nawari (Pengerusi MPKK Kampung Ampangan). Mesyuarat telah berjalan lancar dengan pemilihan semua AJK baharu bagi sessi 2019/2020.Diharapkan semua AJK yang telah terpilih dapat memberikan sumbangan yang jitu dalam merealisasikan perancangan sekolah sepanjang tahun 2019 agar mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Seluruh barisan AJK Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-37 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung kali ke -37 terutama kepada Pusat Khidmat Peduli Rakyat N08 DUN Sungai Burong.


AHLI JAWATANKUASA PIBG
SESSI 2019/2020


Penasihat                                 : EN. AZRON BIN SURADI
Yang Dipertua                         :  En. MarUwan Bin Ahmad
Naib Yang Dipertua                :  En. HASHIM BIN DALI
Setiausaha Kehormat            : En. Mohd Ali Bin Zaman             
Bendahari Kehormat             : Pn. Surmaliah Bt Pakih

AJK GURU
  1. En. MOHD NUZAIHAN BIN MIZHAR
  2. .En. Nasrulkhakim B. Md Abas
  3. .Pn.SANIAH BT ARIPIN
  4. .CIK NURUL SYUHADA BT SAAD

AJK IBUBAPA
1.  TUAN HAJI MOHSIN SIDAL
2.  EN. MISRON BIN SAHIDUN
3.  EN.HAIROL SHAFIQ BIN HAJI OMAR@ANUAR
4.  EN. HASNAN BIN TOLU
5. PN. IMARIZA BT MASLAN
6.  PN. NORAZILA BT ABD. AZIZ


PEMERIKSA KIRA-KIRA

1.PUAN HARYATI BT SUPAR
2.PUAN ZUANA BT SHAMURI

              tahniah kepada semua ajk baharu yang terpilih & selamat menunaikan amanah


                           
                              Candid sepanjang Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-37 2019


Ucapan aluan Pengerusi Majlis mantap sepanjang zaman , Cikgu Mohd Ali Bin Zaman

Bacaan Doa'oleh Syeikh Al-Fadhil Ustaz Nasrulkhakim B. Md. Abas


YDP PIBG En. Maruwa Ahmad sedang berucap

Ucapan alu-aluan dari Guru Besar , En. Azron Bin Suradi

Ucapan Perasmian oleh En. Aminasrul Asrizal Bin Nawari (Pengerusi MPKK Kg. Ampangan)



Guru Besar bersama wakil PPD Kuala Selangor Puan Khalijah


PA punye worang

Ahli PIBG sedang khusyuk mendengar



Kehadiran kaum ibu yang ramai adalah satu komitment yang padu demi anak-anak SKSG


Mesyuarat sedang berlangsung


Barisan AJK Baharu sessi 2019/2020

Sessi pendaftaran Bantuan Awal persekolahan

Penghargaan

Semua  AJK  Pelaksana
Mesyuarat Agung PIBG
Kali ke-37 - 2019

Ingin merakamkan

Jutaan terima kasih 

Terutama  kepada

Encik Aminasrul  Asrizal Bin Nawari
(Peengerusi MPKK Kampung Ampangan)

Semua tetamu kehormat
AJK PIBG
Ibubapa/Penjaga
Semua murid 
&
KakitanganSKSG

&

Semua individu yang terlibat
Secara langsung atau
tidak langsung
Dalam membantu

menjayakan

Mesyuarat  Agung  PIBG kali ke -37 

Terima Kasih

"Sepakat kita Sekolah Gemilang" 

THIS IS SKSG






                                             


Perasmian Program "Jom Ke Sekolah 2019"

Program Jom Ke sekolah 2019 telah dilancarkan dengan rasminya seluruh negara pada 18 Februari 2019. Program Pemuafakatan  Kementerian Pendidkan Malaysia & Polis Diraja Malaysia: Program Jom Ke Sekolah ini adalah program nasional yang berlansung seluruh negara.

OBJEKTIF:
  • Menyedarkan para pelajar tentang pentingnya hadir ke sekolah dan berada dalam kelas semasa pada setiap masa pengajaran & pembelajaran
  • Mengetahui dan memahami implikasi gejala ponteng sekolah.
  • Menanam, menghayati dan mengamalkan budaya positif dalam kalangan murid.
  • Membentuk budaya pelajar yang mementingkan budaya pengurusan masa yang berkesan.
MATLAMAT: Mengurangkan kadar ponteng sekolah.

TENTATIF PROGRAM:

7.30 PAGI:


· Perhimpunan murid, guru,PIBG & PDRM
· Ketibaan VIP
· Nyanyian Lagu:
           - Lagu Negaraku
           - Negeri Selangor
            -Lagu Sekolah
· Bacaan Doa
· Ucapan Pegawai perhubungan Sekolah, PDRM.
· Ucapan Guru Besar
· Perasmian Majlis Permuafakatan KPM & PDRM:
·   Program Jom Ke Sekolah 2019 & Pelancaran Papan Kenyataan PPS.
· Bersurai

                               Candid acara perasmian Program Jom Ke Sekolah 2019

Barisan tetamu YDP PIBG,Guru Besar serta wakil PPD Kuala Selangor


Sarjan A. Samad sedang melekatkan pelekat PDRM sebagai tanda merasmikan papan kenyataan Program  Jom Ke sekolah


Guru besar menyampaikan cenderahati kepada Sarjan A. Samad


YDP PIBG bersama Tuan Guru Besar ,Sarjan A Samad, Wakil PPD Kuala Selangor serta GPK HEM


Guru BesarEn. Azron Suradi sedang berucap

Sarjan A Samad sedang membaca perutusan PDRM


 

Majlis Tilawah Quraan 2019

Majlis Tilawah Al-Quraan 2019 Peringkat Zon Tanjong Karang telah berlansung pada 18 Februari 2019 . Pada tahun ini SKSG telah terpilih sebagai tuan rumah.Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti Tilawah Al-quraan Lelaki & Perempuan, Hafazan Lelaki/Perempuan,   Pertandingan bercerita Kisah Al-Quraan Lelaki & perempuan serta nasyid. Johan keseluruhan diungguli oleh SK Parit 4. Terima kasih kepada semua AJK Pelaksana Majlis Tilawah Al-Quraan 2019 terutama kepada PPD Kuala Selangor.Sekolah-sekolah Zon Tanjong Karang, semua perserta terlibat, PIBG SKSG dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan MTQ 2019.SKSG "Sepakat Kita Sekolah Gemilang"

                                                    Candid  sepanjang MTQ 2019



Kumpulan Nasyid  SK Sungai Burong

Kumpulan Nasyid SK Dato Manan

SK Jalan Bt9 Bomba sedang menyampaikan lagu


Kumpulan Nasyid SK Parit 4 sedang menyampaikan lagu mereka

Johan Nasyid 2019 SK Parit 4

Johan Hafazan Lelaki SK Seri Gambut Mohd Ameer Zahin

Guru Besar SK Parit 4 menerima hamper Johan Keseluruhan MTQ 2019

Kejohanan Takraw MSSD Kuala Selangor 2019

Kejohananan Takraw MSSD Kuala Selangor telah berlangsung pada 13-15 Februari 2019 bertempat di SMK Sungai Burong, Penyertaan kejohanan kali ini telah disertai oleh 27 buah sekolah PPD Kuala Selangor. Skuad takraw SKSG dibentuk oleh Cikgu Khairul Anuar & Ustaz Nasrulkhakim B. Md. Abas. Skuad hanya sempat berlatih selama dua minggu sahaja.Kejohanan MSSD 2019 adalah pencapaian terbaik skuad takraw dimana skuad kerdil ini iaitu Regu A mampu melangkah sehingga ke final yang mengenepikan 25 buah sekolah lain yang jauh lebih besar dari segi bilangan pelajarnya.Walau bagaimanapun Regu A tewas kepada SK Parit Serong pada final .Regu A diwakili oleh Fahimuddin , Mohd Zulhaikal, Mohd Nabil Fahmi dan Haikal Hakimie manakala Regu B diwakili oleh MohdAmeer Zahin, Adam Izuddin, Ariff Haikal dan Mohd Zakuan. Mohd Zulhaikal Azlan telah dinobatkan sebagai "Apit Kiri Terbaik" semasa final .Sekalung tahniah dan penghargaan kepada jurulatih utama dan semua pihak yang terlibat dalam membantu melatih serta memberikan sokongan dan dorongan kepada  skuad takraw SKSG yang mengharumkan nama sekolah pada Kejohanan Takraw MSSD 2019."Sepakat Kita Sekolah Gemilang. This is SKSG.

                              Gambar sepanjang kejohanan Takraw MSSD Kuala Selangor 2019

Guru Besar En. Azron Bin Suradi turut sama bersama pemain & jurulatih semasa final.





















Tahniah kepada semua pemain, jurulatih dan semua pihak yang terlibat dalam Kejohanan Takraw MSSD Daerah Kuala Selangor 2019

Mesyuarat Agung PIBG 2020

M esyuarat Agung PIBG kali ke -38, Sk Seri Gambut telah diadakan dengan jayanya pada 29 Februari 2020. Mesyuarat pada asaln...