SKSG INFORMATION BOARD : Selamat bercuti kepada semua pelajar .Jaga SOP dan jaga kesihatan.Jumpa lagi dalam PDPR pada 20 Sept 2021..

Wednesday, March 20

Organic Farming Community Programme

Sekolah Kebangsaan Seri Gambut telah mengadakan Organic Farming Community Programme pada 20 Mac 2019. Program santai ini diadakan dengan kerjasama  antara Pesticide Action Network Asia (PAN AP), North South Initiative and Japan Fund For Global Environment dan Malaysia National Organizing Comitte(NOC). Matlamat utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada semua terutama generasi muda tentang kepentingan menggunakan bahan organic dengan mengurang kebergantungan kepada racun makhluk perosak dan bahan kimia dalam industri perladangan yang akan memberi kesan merbahaya kepada kesihatan manusia seharian. Tetamu kehormat yang dijemput adalah Profesor Koa Tasakasan .Beliau adalah Chemistry Expert and Consultan to Japan Fund Global For Global Environment.Andrian Pereira , Executive Director Of North South Initiative. Chandrika - Coordinator Of Pesticide Action Network Asia Pacific(PAN AP). Pengerusi Malaysia National Organizing Comitte(NOC), En. Zainon dan En.Selamat Turut sama memeriahkan program ini adalah YDP PIBG , En. Maruwan Bin Ahmad, Pengerusi MPKK Kampung Ampangan , En. Aminasrul Asrizal Bin Nawari dan Pegawai Seranta Sekolah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor. Sarjan A.Samad. Semua peserta dapat mendengar taklimat tentang bahaya penggunaan bahan kimia dan racun berlebihan dari Profesor Koa Tasakasan. Selepas ucapan beliau juga mengadakan sessi soal jawab bersama pelajar tentang kepentingan tanaman organik. Dalam program ini juga sekolah telah turut sama menandatangan MOU Smart Partnership bersama North South Initiative untuk kerjasama
program akan datang bersama SK seri Gambut dalam bidang tanaman Organik.

                                                         Candid sepanjang aktiviti

YDP PIBG , En. Maruwan bersalaman dengan Profesor Koa Tasakasan

Sessi sarapan bersama tetamu sebelum program bermula

Profesor Koa Tasakasan sedang menyampaikan ucapan

Mr. Adrian Pereira as  translator , Executive Director Of North South Initiative


Para pelajar sedang mendengar taklimat tentang organic farming







Upacara menandatangan MOU Smart Partnership antara SKSG dan North South Initiative




Acara menandatangan MOU Smart Partnership telah selesai







Sessi santai sambil bersoal jawab bersama Profesor Koa Tasakasan

Puan Ragayah, GPK HEM sedang melayan tetamu



Tuan Guru Besar sedang menceritakan tentang Taman Organik SKSG

Pegawai Seranta Sekolah , Sarjan A.Samad dari IPD Kuala Selangor turut sama memeriahkan program







Sarjan A.Samad sedang menemubual Profesor Koa Tasakasan







Miss Chandrika, Coordinator Pesticide Action Network Asia sedang menyampaikan ucapan beliau.

Sijil Penghargaan & cenderahati kepada Profesor Koa Tasakasan

Penyampaian cenderahati kepada Miss Chandrika

Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada En Zainon.

Penyampaian cenderahati kepada Pengerusi MPPK Kg Ampangan, En. Aminasrul Asrizal B. Nawari

Kenangan bersama VIP dan guru-guru




Kenangan bersama pelajar yang turut sama menyertai perogram




Profesor Koa Tasakasan sedang menulis nama dalam buku pelawat sekolah





Tetamu sedang melawat Taman Organik Sekolah

Cikgu Saniah sedang menunjjukan cara yang betul menyiram baja organik


Pelajar sedang mengira serangga

Para pelajar turut bersama Profesor Tasakasan menyiram baja organik

Miss Chandrika turut mengiringi Profesor Koa Tasakasan


PK Kokurikulum, Puan Suzana & Cikgu Saniah bersama Profesor Koa Tasakasan menyiram baja organik



"Begini caranya yang betul menyiram baja ye" kata Profesor Koa Tasakasan kepada pelajar






Pengerusi MPKK Kg . Ampangan turut serta mengiringi profesor Koa Tasakasan








Guru Besar , Profesor Koa Tasakasan, En Anrian Pereira dan Miss Chandrika di Taman Organik SKSG





Guru Besar sedang menerangkan kepada Profesor Koa Tasakasan tentang Tanaman Organik

GPK Pentadbiran, En. Ahmad Jamil bersama Profesor Koa Tasakasan







Tuesday, March 5

Taklimat GPK KOkurikulum PPD Kuala Selangor

Taklimat kepada semua GPK Kokurikulum SK,SJKC & SJKT Daerah Kuala Selangor anjuran PPd Kuala Selangor telah diadakan di SK Seri Gambut pada 5 Mac 2019. Taklimat yang diberikan adalah tentang Tatacara Pemakaian Uniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS).

                                                            Candid sepanjang taklimat TKRS


Taklimat oleh En Mazlan PPD Kuala Selangor







Friday, March 1

Majlis Sanjungan Budi Puan Zahiah Bt Misran 2019

Majlis Sanjungan Budi telah diadakan bagi meraikan perpisahan GPK Kokurikulum SK Seri Gambut iaitu Puan Hajjah Zahiah Bt Misran pada 1 Mac 2019. Beliau akan memegang jawatan sebagai  GPK Hal Ehwal Murid di SK Berjaya. Majlis diraikan dengan begitu meriah sekali oleh seluruh warga SKSG termasuk PIBG  bagi mengenang jasa beliau yang banyak memberi sumbangan  cemerlang dalam perjalanan pentadbiran pengurusan Kokurikulum SKSG. Seluruh warga SKSG mendoakan agar beliau akan lebih berjaya di tempat baharu dan semoga diberi kesihatan yang berpanjangan sepanjang menjalankan tugas baharu beliau.

                                                Candid sepanjang majlis berlangsung 

Ucapan pengerusi majlis Cikgu Mohd Ali

Bacaan Doa oleh Tuan Haji Mohd Shaaban Bin Sujak

Ucapan YDP SKSG En Maruwan Ahmad

Ucapan tuan Guru Besar En. Azron Bin Suradi
Yang Diraikan Puan Hajjah Zahiah sedang menyampaikan Ucapan Perpisahan

Cikgu ..jangan tinggalkan saya...huhuhuhuhuhuh


Saya sangat sedih atas kehilangan guru kesayangan kami..

Orang penting disebalik perjalanan lancar majlis perpisahan


Murid sedang membuat persembahan

Kenangan besama kalian akan terpahat sebagai memori terindah dalam perkhidmatan di SKSG

Terima Kasih GPK Kokurikulum kerana belanja kami hari ini


Seluruh barisan AJK Pelaksana Majlis Sanjungan Budi

Puan Hajjah Zahiah Bt Misran

Ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih

atas segala sumbagan yang diberikan 

kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak

dalam menjayakan majlis ini


TERIMA KASIH

'SEPAKAT KITA SEKOLAH GEMILANG"

THIS IS SKSG

Wednesday, February 27

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-37

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-37 telah diadakan pada 23 Februari 2019.Mesyuarat Agung mengikut perancangan awal akan  dirasmikan oleh Tuan Mohd Azmil Bin Misman, Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Peduli Rakyat DUN N08 Sungai Burong tetapi atas sebab-sebab tertentu beliau menghantar wakilnya iaitu Encik Aminasrul Asrizal bin Nawari (Pengerusi MPKK Kampung Ampangan). Mesyuarat telah berjalan lancar dengan pemilihan semua AJK baharu bagi sessi 2019/2020.Diharapkan semua AJK yang telah terpilih dapat memberikan sumbangan yang jitu dalam merealisasikan perancangan sekolah sepanjang tahun 2019 agar mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Seluruh barisan AJK Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-37 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung kali ke -37 terutama kepada Pusat Khidmat Peduli Rakyat N08 DUN Sungai Burong.


AHLI JAWATANKUASA PIBG
SESSI 2019/2020


Penasihat                                 : EN. AZRON BIN SURADI
Yang Dipertua                         :  En. MarUwan Bin Ahmad
Naib Yang Dipertua                :  En. HASHIM BIN DALI
Setiausaha Kehormat            : En. Mohd Ali Bin Zaman             
Bendahari Kehormat             : Pn. Surmaliah Bt Pakih

AJK GURU
  1. En. MOHD NUZAIHAN BIN MIZHAR
  2. .En. Nasrulkhakim B. Md Abas
  3. .Pn.SANIAH BT ARIPIN
  4. .CIK NURUL SYUHADA BT SAAD

AJK IBUBAPA
1.  TUAN HAJI MOHSIN SIDAL
2.  EN. MISRON BIN SAHIDUN
3.  EN.HAIROL SHAFIQ BIN HAJI OMAR@ANUAR
4.  EN. HASNAN BIN TOLU
5. PN. IMARIZA BT MASLAN
6.  PN. NORAZILA BT ABD. AZIZ


PEMERIKSA KIRA-KIRA

1.PUAN HARYATI BT SUPAR
2.PUAN ZUANA BT SHAMURI

              tahniah kepada semua ajk baharu yang terpilih & selamat menunaikan amanah


                           
                              Candid sepanjang Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-37 2019


Ucapan aluan Pengerusi Majlis mantap sepanjang zaman , Cikgu Mohd Ali Bin Zaman

Bacaan Doa'oleh Syeikh Al-Fadhil Ustaz Nasrulkhakim B. Md. Abas


YDP PIBG En. Maruwa Ahmad sedang berucap

Ucapan alu-aluan dari Guru Besar , En. Azron Bin Suradi

Ucapan Perasmian oleh En. Aminasrul Asrizal Bin Nawari (Pengerusi MPKK Kg. Ampangan)



Guru Besar bersama wakil PPD Kuala Selangor Puan Khalijah


PA punye worang

Ahli PIBG sedang khusyuk mendengar



Kehadiran kaum ibu yang ramai adalah satu komitment yang padu demi anak-anak SKSG


Mesyuarat sedang berlangsung


Barisan AJK Baharu sessi 2019/2020

Sessi pendaftaran Bantuan Awal persekolahan

Penghargaan

Semua  AJK  Pelaksana
Mesyuarat Agung PIBG
Kali ke-37 - 2019

Ingin merakamkan

Jutaan terima kasih 

Terutama  kepada

Encik Aminasrul  Asrizal Bin Nawari
(Peengerusi MPKK Kampung Ampangan)

Semua tetamu kehormat
AJK PIBG
Ibubapa/Penjaga
Semua murid 
&
KakitanganSKSG

&

Semua individu yang terlibat
Secara langsung atau
tidak langsung
Dalam membantu

menjayakan

Mesyuarat  Agung  PIBG kali ke -37 

Terima Kasih

"Sepakat kita Sekolah Gemilang" 

THIS IS SKSG






                                             


Mesyuarat Agung PIBG 2020

M esyuarat Agung PIBG kali ke -38, Sk Seri Gambut telah diadakan dengan jayanya pada 29 Februari 2020. Mesyuarat pada asaln...