SKSG INFORMATION BOARD : Selamat bercuti kepada semua pelajar .Jaga SOP dan jaga kesihatan.Jumpa lagi dalam PDPR pada 20 Sept 2021..

Wednesday, February 27

Perasmian Program "Jom Ke Sekolah 2019"

Program Jom Ke sekolah 2019 telah dilancarkan dengan rasminya seluruh negara pada 18 Februari 2019. Program Pemuafakatan  Kementerian Pendidkan Malaysia & Polis Diraja Malaysia: Program Jom Ke Sekolah ini adalah program nasional yang berlansung seluruh negara.

OBJEKTIF:
  • Menyedarkan para pelajar tentang pentingnya hadir ke sekolah dan berada dalam kelas semasa pada setiap masa pengajaran & pembelajaran
  • Mengetahui dan memahami implikasi gejala ponteng sekolah.
  • Menanam, menghayati dan mengamalkan budaya positif dalam kalangan murid.
  • Membentuk budaya pelajar yang mementingkan budaya pengurusan masa yang berkesan.
MATLAMAT: Mengurangkan kadar ponteng sekolah.

TENTATIF PROGRAM:

7.30 PAGI:


· Perhimpunan murid, guru,PIBG & PDRM
· Ketibaan VIP
· Nyanyian Lagu:
           - Lagu Negaraku
           - Negeri Selangor
            -Lagu Sekolah
· Bacaan Doa
· Ucapan Pegawai perhubungan Sekolah, PDRM.
· Ucapan Guru Besar
· Perasmian Majlis Permuafakatan KPM & PDRM:
·   Program Jom Ke Sekolah 2019 & Pelancaran Papan Kenyataan PPS.
· Bersurai

                               Candid acara perasmian Program Jom Ke Sekolah 2019

Barisan tetamu YDP PIBG,Guru Besar serta wakil PPD Kuala Selangor


Sarjan A. Samad sedang melekatkan pelekat PDRM sebagai tanda merasmikan papan kenyataan Program  Jom Ke sekolah


Guru besar menyampaikan cenderahati kepada Sarjan A. Samad


YDP PIBG bersama Tuan Guru Besar ,Sarjan A Samad, Wakil PPD Kuala Selangor serta GPK HEM


Guru BesarEn. Azron Suradi sedang berucap

Sarjan A Samad sedang membaca perutusan PDRM


 

Majlis Tilawah Quraan 2019

Majlis Tilawah Al-Quraan 2019 Peringkat Zon Tanjong Karang telah berlansung pada 18 Februari 2019 . Pada tahun ini SKSG telah terpilih sebagai tuan rumah.Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti Tilawah Al-quraan Lelaki & Perempuan, Hafazan Lelaki/Perempuan,   Pertandingan bercerita Kisah Al-Quraan Lelaki & perempuan serta nasyid. Johan keseluruhan diungguli oleh SK Parit 4. Terima kasih kepada semua AJK Pelaksana Majlis Tilawah Al-Quraan 2019 terutama kepada PPD Kuala Selangor.Sekolah-sekolah Zon Tanjong Karang, semua perserta terlibat, PIBG SKSG dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan MTQ 2019.SKSG "Sepakat Kita Sekolah Gemilang"

                                                    Candid  sepanjang MTQ 2019



Kumpulan Nasyid  SK Sungai Burong

Kumpulan Nasyid SK Dato Manan

SK Jalan Bt9 Bomba sedang menyampaikan lagu


Kumpulan Nasyid SK Parit 4 sedang menyampaikan lagu mereka

Johan Nasyid 2019 SK Parit 4

Johan Hafazan Lelaki SK Seri Gambut Mohd Ameer Zahin

Guru Besar SK Parit 4 menerima hamper Johan Keseluruhan MTQ 2019

Kejohanan Takraw MSSD Kuala Selangor 2019

Kejohananan Takraw MSSD Kuala Selangor telah berlangsung pada 13-15 Februari 2019 bertempat di SMK Sungai Burong, Penyertaan kejohanan kali ini telah disertai oleh 27 buah sekolah PPD Kuala Selangor. Skuad takraw SKSG dibentuk oleh Cikgu Khairul Anuar & Ustaz Nasrulkhakim B. Md. Abas. Skuad hanya sempat berlatih selama dua minggu sahaja.Kejohanan MSSD 2019 adalah pencapaian terbaik skuad takraw dimana skuad kerdil ini iaitu Regu A mampu melangkah sehingga ke final yang mengenepikan 25 buah sekolah lain yang jauh lebih besar dari segi bilangan pelajarnya.Walau bagaimanapun Regu A tewas kepada SK Parit Serong pada final .Regu A diwakili oleh Fahimuddin , Mohd Zulhaikal, Mohd Nabil Fahmi dan Haikal Hakimie manakala Regu B diwakili oleh MohdAmeer Zahin, Adam Izuddin, Ariff Haikal dan Mohd Zakuan. Mohd Zulhaikal Azlan telah dinobatkan sebagai "Apit Kiri Terbaik" semasa final .Sekalung tahniah dan penghargaan kepada jurulatih utama dan semua pihak yang terlibat dalam membantu melatih serta memberikan sokongan dan dorongan kepada  skuad takraw SKSG yang mengharumkan nama sekolah pada Kejohanan Takraw MSSD 2019."Sepakat Kita Sekolah Gemilang. This is SKSG.

                              Gambar sepanjang kejohanan Takraw MSSD Kuala Selangor 2019

Guru Besar En. Azron Bin Suradi turut sama bersama pemain & jurulatih semasa final.





















Tahniah kepada semua pemain, jurulatih dan semua pihak yang terlibat dalam Kejohanan Takraw MSSD Daerah Kuala Selangor 2019

Saturday, January 12

Program Mesra Waris Murid Tahun 6 2019

Program mesra waris murid Tahun 6 diadakan pada hari Sabtu 12 Januari 2019 bagi memberi maklumat awal kepada semua ibubapa dan penjaga murid tentang pencapaian semasa calon UPSR 2019. Melalui program ini semua ibubapa diberikan maklumat Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR untuk tahun 2019. Dalam program ini akan dibincangkan segala permasalahan dan langkah penyelesaian dalam menghadapi UPSR kelak.
MATLAMAT
Memberi maklumat awal persediaan &perancangan pihak sekolah  dalam menghadapi UPSR 2019   supaya  ibu bapa/penjaga terlibat secara total bagi mencapai sasaran sekolah.
OBJEKTIF
Mendapat sokongan dan bantuan daripada pihak ibu bapa / penjaga murid Tahun 6 2019 dalam merancang aktiviti murid.
SASARAN
Semua calon UPSR 2019/ Ibubapa/penjaga/PIBG/ semua guru/alumni serta komuniti setempat.


AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA

Pengerusi : En. Azron Bin Suradi ( Guru Besar)
Timb. Pengerusi : En. Ahmad Jamil (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi :
1. Puan Ragayah Bt. Dris (GPK HEM)
2. Puan Hajjah Zahiah Bt Misran (GPK Kokurikulum)
Setiausaha : Puan Saniah Bt Aripin
Bendahari : Puan Surmaliah Bt Pakih

Pengacara Majlis : Mohd Ali B. Zaman
Persiapan Dewan & P.A Sistem:
En. Khairul Anuar B. Zakaria
En. Nasrulkhakim B. Md. Abas
Pendaftaran: Pn. Nurul Syahidatul Aini Bt Abu Bakar
                     Cik Nurul Syuhada bt. Md. Saad

Bacaan doa: Tuan Haji Mohd Shaaban B. Sujak
Phamplet   : En. Sallehuddin Hussin
Jamuan      : Puan Zuana Bt Samuri
                    Puan Siti Norazizah Bt. Kadzim
Dokumentasi : En. Mohd Nuzaihan B. Mizhar
          Puan Sabariah Bt. Ahmad Hassan

Pengurus Bacaan ikrar : Pn. Norhayati Bt Tuslam
Pengurus Program Mentor Mentee:
   Puan Nassuhada Bt. Mohd Syukor



ATUR CARA MAJLIS
· Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
· Bacaan Doa:
       Tuan Haji Mohd Shaaban Bin Sujak
· Taklimat oleh Guru Besar:
       En. Azron Bin Suradi
· Penyerahan Anak Angkat
       (Program Mentor Mentee)
· Ikrar Pelajar Tahun 6
· Perasmian Penutup:
       En. Maruwan Bin Ahmad (YDP PIBG)

Guru Besar En. Azron Suradi sedang membentangkan  target UPSR 2019


Majlis Penyerahan mentee bersama mentor   





Semua Ahli Jawatan Kuasa Pelaksana program
mengucapkan
Jutaan terima kasih 

Kepada 

Semua yang terlibat  secara langsung atau
Tidak langsung
dalam menjayakan 

Program Mesra Waris Murid Tahun 6
2019

Semoga segala perancangan untuk meningkatkan
Prestasi sekolah keseluruhan
Tercapai

Terima Kasih






 






Monday, January 7

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas 2019

Majlis penyerahan Watikah semua pengawas SK Seri Gambut telah disempurnakan pada 7 Januari 2019. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, En. Azron Suradi.Semua pengawas lantikan 2019 Pengawas sekolah. Pengawas PSS, Pengawas SPBT dan Briged Siber telah menerima watikah lantikan masing-masing. Diharap semua pengawas yang telah dilantik dapat menjalankan tugas dengan sempurna bukan berlagak dengan jawatan masing-masing.






Mesyuarat Agung PIBG 2020

M esyuarat Agung PIBG kali ke -38, Sk Seri Gambut telah diadakan dengan jayanya pada 29 Februari 2020. Mesyuarat pada asaln...