SKSG INFORMATION BOARD : Selamat bercuti kepada semua pelajar .Jaga SOP dan jaga kesihatan.Jumpa lagi dalam PDPR pada 20 Sept 2021..

Wednesday, March 9

Solat Sunat Gerhana matahari SKSG

        Gerhana matahari merupakan fenomena alam yang merupakan sunnatullah sebagai tanda-tanda kebesaran dan keagungan Pencipta. Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan berada diantara matahari dan bumi yang menghalang sinaran matahari memancar ke bumi.
            Dalam sebuah hadis Rasulullah ada disebut tentang fenomena alam ini. "Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kebesaran Allah,dimana Allah menakuti hamba-Nya. Tidak terjadi gerhana kerana kematian seseorang manusia, akan tetapi keduanya merupakan tanda kebesaran Allah apabila kamu menyaksikannya, maka laksanakan solat dan berdoalah kepada Allah sehingga dikembalikan kembali oleh Allah' (Riwayat Bukhari dan Muslim)

       Oleh itu pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Agama Islam telah mengadakan "Solat Gerhana Matahari" sebagai tanda membesarkan Keagungan dan Kebesaran Allah ketika fenomena gerhana matahari sedang berlaku. Semua murid dari tahun 3 hingga tahun 6 terlibat bersama guru-guru mendirikan solat sunat gerhana matahari.Solat diimamkan oleh Ustaz Tuan Haji Mohd Shaaban bin Sujak

Diantara hikmah dan pengajaran disebalik fenomena Gerhana Matahari adalah :

  • Gerhana matahari merupakan tanda keagungan & kekuasaan  Allah yang menciptakan alam semesta, tidak ada satu pun yang boleh menghalang ketika Allah hendak mengubah aturan alam diluar kebiasaan. Ini menunjukkan betapa lemahnya manusia dan betapa Agungnya kuasa Allah SWT.
  • Allah bebas mengatur susun atur alam semesta mengikut kehendakNya. Allah mengingatkan supaya manusia sedar bahawa tiada kuasa lain yang Maha Berkuasa mengubah segala sesuatu.
  • Fenomena gerhana bulan dan matahari tiada hubung kait dengan kematian atau lahirnya seseorang kerana ianya merupakan kehendak Allah SWT   

                                             Candid sekitar solat sunat gerhana matahari  

Pelajar membantu guru-guru menyiapkan dataran solat

Taklimat kaifiat solat sunat gerhana disampaikan oleh Ustaz Nasrulkhakim Md. Abas

Para pelajar sedang mendengar taklimat

Para pelajar sedang khusyuk mendengar taklimat

Dari kiri: Cikgu Saniah, Cikgu Nassuhada & Cikgu Surmaliah

Penerangan secara jelas dan detail disampaikan oleh alfadhil Ustaz Nasrulkakim

Saff...luruskan saff

Imam sedang bersedia

Sedang mendengar khutbah

Semua pelajar sedang mendengar khutbah

Barisan guru-guru perempuan yang turut sama mendirikan solat

Antara perserta pelajar perempuan

Suasana setelah selesai mendirikan solat

Pelajar sedang mendengar khutbah

Khutbah solat disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Shaaban bin Sujak

Peserta sedang khusyuk mendengar khutbah

Tuan Guru Besar, Tuan Haji Ngatini Bin Salimin turut sama mendirikan solat sunat gerhana

Antara barisan guru lelaki diketuai oleh guru paling macho, Cikgu Nuzaihan

Peace semua...
Cikgu Surmaliah bersama pelajar sedang memerhati perubahan bentuk matahari

Para pelajar mengambil peluang memerhati perubahan bentuk matahari

Monday, February 29

Program Guru Penyayang bulan Februari 2016

          Sebagai usaha membentuk sistem pendidikan berkualiti, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan program ‘Guru Penyayang’.  Antara lain program ini bertujuan untuk menerapkan amalan penyayang di kalangan para guru dalam melahirkan murid-murid yang berketrampilan,dan berakhlak mulia. Program ini juga diharap dapat membendung salah laku dalam kalangan mereka.Pelaksanaan ‘Amalan Guru Penyayang’ ini akan dijalankan secara berterusan sehingga menjadi budaya dalam tugasan guru di sekolah. 
Matlamat * membudayakan sikap kasih sayang serta memiliki sifat kepedulian terhadap apa yang berlaku di sekolah * menjadikan guru sebagai 'role model' kepada murid melalui sikap penyayang yang ditunjukkan. * menjanakan kecemerlangan sekolah melalui budaya salam yang ditintut oleh agama. Objektif * mewujudkan satu persekitaran sekolah yang harmoni iaitu saling menyayangi antara guru, murid dan pentadbir serta semua warga sekolah. * menginsafi bahawa insan yang berjaya bukan hanya cemerlang dari segi akademik tetapi cemerlang dengan akhlak yang mulia. * melahirkan murid yang berilmu dan bersahsiah tinggi.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

 Oleh itu bagi membudayakan Program Guru Penyayang sepanjang tahun, Unit HEM SKSG telah meraikan hari lahir pelajar-pelajar dan guru-guru yang jatuh pada bulan Januari dan Feb 2016. Semua peserta telah diberikan cenderahati sebagai tanda ingatan yang diraikan oleh semua murid dan guru dalam perhimpunan pada 29.2.2016. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Tuan Haji Ngatini Bin Salimin
Ustaz Haji Mohd Shaaban sedang menerima hadiah dari tuan guru besar

Puan Siti Rozita Misngat sedang menerima cenderahati dari guru besar

Cikgu Mohd Nuzaihan menerima hadiah dari Tuan Guru Besar

Ustazah Norsasarina sedang menerima hadiah dari GB

Adik Nuratirah Jaafar , Tahun 5 sedang menerima hadiah harijadi dari GB

Adik Ailiya Maisara Bt Mohd Azlimi, Tahun 4 menerima hadiah dari GB

Adik Nurnabila Bt Hussin, Tahun 3

Adik Haikal Ajis , pelajar tahun 3 sedang menerima hadiah dari GB

Mohd Faris Bin Isnain, Tahun 2 sedang menerima cenderahati dari guru besar

Matlamat * membudayakan sikap kasih sayang serta memiliki sifat kepedulian terhadap apa yang berlaku di sekolah * menjadikan guru sebagai 'role model' kepada murid melalui sikap penyayang yang ditunjukkan. * menjanakan kecemerlangan sekolah melalui budaya salam yang ditintut oleh agama. Objektif * mewujudkan satu persekitaran sekolah yang harmoni iaitu saling menyayangi antara guru, murid dan pentadbir serta semua warga sekolah. * menginsafi bahawa insan yang berjaya bukan hanya cemerlang dari segi akademik tetapi cemerlang dengan akhlak yang mulia. * melahirkan murid yang berilmu dan bersahsiah tinggi.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Matlamat * membudayakan sikap kasih sayang serta memiliki sifat kepedulian terhadap apa yang berlaku di sekolah * menjadikan guru sebagai 'role model' kepada murid melalui sikap penyayang yang ditunjukkan. * menjanakan kecemerlangan sekolah melalui budaya salam yang ditintut oleh agama. Objektif * mewujudkan satu persekitaran sekolah yang harmoni iaitu saling menyayangi antara guru, murid dan pentadbir serta semua warga sekolah. * menginsafi bahawa insan yang berjaya bukan hanya cemerlang dari segi akademik tetapi cemerlang dengan akhlak yang mulia. * melahirkan murid yang berilmu dan bersahsiah tinggi.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Tuesday, February 23

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-34

        Pada 23 hb Februari 2016 (Selasa), Mesyuarat Agung PIBG Ke 34 telah diadakan di Dewan Sementara SKSG tepat pada pukul 9.00 pagi.Seawal jam 8.30 pagi, ibu bapa / penjaga hadir membuat pendaftaran sebelum mengambil tempat masing-masing di dalam dewan.Ketibaan YDP , En. Maruwan Bin Ahmad diiringi oleh Guru Besar iaitu Tuan Haji Ngatini B. Salimin serta barisan-barisan GPK dan jawatankuasa PIBG sekitar jam 9.15 pagi.Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan bacaan doa oleh Ustaz Haji Mohd Shaaban Bin Sujak.Mesyuarat dimulakan dengan membentangkan Minit Mesyuarat Agung yang lepas. Setelah minit disahkan dan segala perkara berbangkit selesai dibincangkan, pembubaran AJK PIBG sessi tahun 2015 dibubarkan. Proses lantikan AJK baharu 2016 dimulakan dengan cadangan dan sokongan oleh ahli-ahli PIBG.Setelah selesai lantikan AJK baharu , ucapan YDP yang telah dipilih iaitu En. Maruwan Ahmad memulakan ucapan. Kemudian tuan guru besar memberikan ucapan tahniah kepada semua AJK baharu yang terpilih. Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-34 disempurnakan oleh Dato' Seri Haji Noh bin Omar (Ahli Parlimen Tanjong Karang)

. Objektif dan Matlamat PIBG SK Seri Gambut adalah :
  • Memastikan 100% ibu bapa / penjaga menjadi ahli yang berdaftar secara sah dalam PIBG
  • Menambahkan  idea dan tenaga antara sekolah dan ibu bapa untuk kebaikan sekolah.
  • Mengharapkan wujudnya hubungan padu dan erat antara sekolah dan masyarakat.
  • Menentukan program atau aktiviti yang melibatkan murid dalam pengetahuan PIBG.
  • Mendapat sokongan 100% dari PIBG dari segi kewangan, tenaga dan sokongan dalam menjalankan program-program yang melibatkan murid
  • Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka.
  • Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat pendidikan.
  • Untuk memberi peluang kepasa ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya.
  • Ahli-ahli PIBG sedang mencatat kehadiran
  • Ahli-ahli PIBG sedang menunggu mesyuarat bermula

    Sessi perbahasan isu-isu

    barisan bapa-bapa

    Guru Besar, Tuan Haji Ngatini sedang menjawab isu-isu yang dikemukakan

    Setiausaha & Bendahari PIBG

    AJK baharu mengambil tempat

    Pencacat minit mesyuarat, Puan Zuana & Puan Saniah

    Gaya tersendiri, En. Mat Tamidi bersama En. Ahmad Muhid

    Tenaga penting disebalik perjalanan lancar  Mesyuarat Agung bersama wakil PPD, En. Rizal

    Cikgu Ali Setiausaha PIBG sedang menerangkan sesuatu kepada semua ahli PIBG

    Barisan AJK PIBG yang baharu dilantik

    Semua ahli sedang khusyuk bermesyuarat

    Gandingan mantap MC Majlis , Cikgu Ali bersama Puan Norhayati Tuslam

    VIP mengambil tempat dipentas utama

    Bacaan doa' diketuai oleh Al-fadhil Syeikh Tuan Haji Mohd Shaaban Sujak

    Ucapan oleh YDP, En. Maruwan Ahmad

    Puan Zahiah , PK Kokurikulum bersama guru-guru

    Ucapan oleh Guru Besar, Tuan Haji Ngatini b. Salimin

    Dato' Seri Noh Omar bersama Dato Haji Samsudin Lias dan Tuan sidang JKKP

    Ucapan perasmian oleh Dato' Seri Haji Noh bin Omar

    YB Dato' Seri Noh Omar sedang memotong kek hari jadi beliau yg Ke-58

    Penghargaan calon 5A 2015, Nursyahindah bt. Hasnan

    Dato' Seri Noh menyampaikan cenderahati kepada calon 5A 2015, Anis Nuraisyah Bt Shahminan

    Adik Izhar Misron sedang menerima cenderahati

    Cenderahati pihak sekolah kepada Dato' Seri Noh

    Cenderahati kepada Dato Samsudin Lias

    Wakil PPD Kuala Selangor sedang menerima cenderahati

    Dato' Seri Noh sedang menyampaikan bantuan RM100 kepada ahli-ahli yang layak

    Bekas pelajar SKSG yang mengharumkan nama sekolah dalam UPSR 2015

    YDP , En. Maruwan Ahmad meyampaikan Cenderahatikepada Tuan sidang JKKP

    Adik Daniel Hakim sedang menerima cenderahati

    YB Dato'  Samsudin Lias sedang menyampaikan bantuan RM 100

    Penghargaan

    Semua  AJK  Pelaksana
    Mesyuarat Agung PIBG
    Kali ke-34

    Ingin merakamkan

    Jutaan terima kasih 

    Terutama  kepada

    YB Datuk Seri Haji Noh
    b. Haji Omar

    Semua tetamu kehormat
    AJK PIBG
    Ibubapa/Penjaga
    Semua murid  &
    KakitanganSKSG
    &
    Semua individu yang terlibat
    Secara langsung atau
    tidak langsung
    Dalam membantu
    menjayakan
    Mesyuarat  Agung  PIBG 2016
    Terima Kasih

  • Untuk membolehkan ibu bapa dan guru berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Mesyuarat Agung PIBG 2020

M esyuarat Agung PIBG kali ke -38, Sk Seri Gambut telah diadakan dengan jayanya pada 29 Februari 2020. Mesyuarat pada asaln...