SKSG INFORMATION BOARD : Selamat bercuti kepada semua pelajar .Jaga SOP dan jaga kesihatan.Jumpa lagi dalam PDPR pada 20 Sept 2021..

Tuesday, January 3

Hari Pertama Persekolahan 2017

Sekolah dibuka secara rasmi pada 3 Januari 2017. Semua murid begitu bersemangat kembali ke sekolah dengan pakaian serba baharu setelah bercuti selama sebulan. Kehadiran ke sekolah pada hari pertama adalah saat dinantikan terutama bagi pelajar tahun 1 yang baru menjejakkan kaki  ke alam persekolahan. Hari pertama persekolahan dimulakan dengan perhimpunan ringkas. Guru besar memberi ucapan dengan memberi kata-kata semangat kepada semua pelajar agar sentiasa membudayakan "Budaya Ilmu" sepanjang zaman.Tuan Guru Besar juga memberi kata-kata semangat kepada semua pelajar tahun 1 dan kepada semua calon UPSR 2017 agar sentiasa berusaha gigih untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik mahupun kokurikulum.Semua guru mengalukan kehadiran semua pelajar dengan wajah ceria dan bersemangat untuk memulakan sessi persekolahan 2017.

Guru bertugas minggu Pertama Cikgu Mohd Ali

Tuan Guru Besar sedang menyampaikan ucapan

Semua murid tekun mendengar ucapan guru

Barisan pendidik SKSG 2017

Guru contoh terbaik

Guru Besar sedang memberi taklimat kepada penjaga murid Tahun 1

Penjaga bersama anak-anak sedang mendengar taklimat

Murid-murid tahun 1 sedang mendengar taklimat dari Guru Besar


No comments:

Post a Comment

Mesyuarat Agung PIBG 2020

M esyuarat Agung PIBG kali ke -38, Sk Seri Gambut telah diadakan dengan jayanya pada 29 Februari 2020. Mesyuarat pada asaln...