SKSG INFORMATION BOARD : Selamat bercuti kepada semua pelajar .Jaga SOP dan jaga kesihatan.Jumpa lagi dalam PDPR pada 20 Sept 2021..

Wednesday, April 25

Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar

Unit Kurikulum SKSG telah mengadakan Program Motivasi untuk pelajar Tahap 2 ,pada Hari Rabu 25 April 2012. Program bermula dari 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Program ini telah dianjurkan Oleh  Menjana Diri Sources (www.menjanadiri.com) . Sessi motivasi ini telah dikendalikan oleh Encik Fadhil Majid. jurulatih Explore Positive Success. The Power Of Menjana Diri.

Pengenalan: 
Program Motivasi Pelajar tahap 2 merupakan program yang dijalankan oleh sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan. Program ini telah dirangka dan dijadikan sebagai salah satu program tahunan. Sebenarnya, walaupun program ini amat singkat daripada segi pelaksanaannya, namun  program ini membawa kesan besar kepada kesedaran pelajar tentang kepentingan menuntut ilmu demi masa hadapan para pelajar. Program ini banyak menyumbang dengan menyuntik semangat  belajar khusus untuk para pelajar yang akan menduduki  UPSR 2012. 

 

Matlamat

Matalamat  sebenar program Motivasi ini adalah semata-mata untuk mencetuskan kesedaran di kalangan pelajar tentang peranan dan tanggung jawab mereka sebagai pelajar di samping meniupkan  semangat dan azam yang tinggi untuk belajar serta bertekad untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

Rasional/ Objektif


  1. Membimbing dan menyedarkan pelajar  tentang tangungjawab mereka sebagai pelajar dalam menimba ilmu pengetahun.

  2. Mewujudkan pelajar yang mempunyai azam dan iltizam untuk lulus dengan cemerlang dalam UPSR serta mempunyai ketrampilan dan kewibawaan sebagai pemimpin dalam kumpulan mereka. 
  3. Memberikan semangat dan kekuatan mentaliti dan  emosi pelajar untuk  menghadapi UPSR .                                                                                                                                                

Pelajar sedang bersedia untuk mendengar ceramah
Penceramah jemputan En. Fadhil Majid


Penceramah sedang mengendalikan sessi motivasi

Follow me.....

Pelajar khusyuk menonton tayangan

No comments:

Post a Comment

Mesyuarat Agung PIBG 2020

M esyuarat Agung PIBG kali ke -38, Sk Seri Gambut telah diadakan dengan jayanya pada 29 Februari 2020. Mesyuarat pada asaln...