Program Suai mesra Ibubapa/Penjaga telah diadakan untuk membincangkan isu-isu pembelajaran para pelajar Tahun 6 untuk meningkatkan prestasi UPSR 2011. Program ini dirancang untuk merapatkan hubungan antara guru-guru serta Ibubapa yang terlibat . Ibubapa berpeluang untuk terus berhubung dengan guru-guru yang terlibat dalam pengajaran subjek-subjek UPSR bagi membincang secara terus tentang prestasi anak-anak mereka serta mencari satu
kaedah terbaik bagi meningkatkan prestasi sekolah.
Peranan ibubapa adalah sangat penting bagi memantau segala tindakan para pelajar diluar waktu persekolahan.Waktu pelajar mendampingi guru-guru adalah sangat terhad . Oleh itu adalah mustahil untuk mencapai kecemerlangan jika tanpa pengawasan Ibubapa. Pihak sekolah sangat berharap agar pengawasan sepanjang tahun amat dituntut bagi melahirkan pelajar yang berdisiplin sepanjang masa.
Semua guru yang terlibat berasa amat bertuah kerana dapat bertemu mesra dengan Ibubapa/penjaga Para pelajar tahun 6 2011. Semua guru-guru subjek telah memberi penerangan tentang keperluan subjek masing-masing. Guru-guru berharap tugas untuk membudayakan murid-murid dengan buku-buku pelajaran bukan hanya berlaku disekolah sahaja. Pengawasan yang berterusan sangat-sangat diharapkan agar usaha untuk mencapai kecemerlangan UPSR 2011 berjaya direalisasikan dengan gandingan mantap antara sekolah dan ibubapa/penjaga .
Sekolah telah pun merancang pelbagai program untuk melahirkan pelajar cemerlang sepanjang tahun. Setiap tahun pelbagai program Kecemerlangan telah dirancang.Sikap belajar adalah antara punca para pelajar tidak mampu untuk berada sebaris dengan pelajar cemerlang seluruh negara. Oleh itu, dengan adanya program seperti ini ibubapa diharapkan dapat menitikberatkan dengan sentiasa memantau " Budaya Belajar" dirumah agar anak-anak mereka sentiasa fokus kepada pelajaran . Sikap belajar sambil lewa akan melambatkan proses untuk memahami serta mengingati segala maklumat yang dibaca.
Disamping itu masalah kehadiran segelintir pelajar tahun 6 juga perlu diambil perhatian agar setiap langkah perkembangan dalam pengajaran & Pembelajaran sentiasa diikuti secara berterusan. Ini akan membantu mereka untuk sentiasa mengikuti dan memahami setiap tajuk-tajuk yang diajar. Kegagalan untuk mengikuti setiap tajuk yang telah diajar akan memberi kesan terhadap pemahaman mereka dalam tajuk seterusnya.

Sekian Terima kasih
Penyelaras UPSR 2011