Friday, March 4
Program Suai Mesra Ibubapa/Penjaga Tahun 6 2011
Program Suai mesra Ibubapa/Penjaga telah diadakan untuk membincangkan isu-isu pembelajaran para pelajar Tahun 6 untuk meningkatkan prestasi UPSR 2011. Program ini dirancang untuk merapatkan hubungan antara guru-guru serta Ibubapa yang terlibat . Ibubapa berpeluang untuk terus berhubung dengan guru-guru yang terlibat dalam pengajaran subjek-subjek UPSR bagi membincang secara terus tentang prestasi anak-anak mereka serta mencari satu
kaedah terbaik bagi meningkatkan prestasi sekolah.
Peranan ibubapa adalah sangat penting bagi memantau segala tindakan para pelajar diluar waktu persekolahan.Waktu pelajar mendampingi guru-guru adalah sangat terhad . Oleh itu adalah mustahil untuk mencapai kecemerlangan jika tanpa pengawasan Ibubapa. Pihak sekolah sangat berharap agar pengawasan sepanjang tahun amat dituntut bagi melahirkan pelajar yang berdisiplin sepanjang masa.
Semua guru yang terlibat berasa amat bertuah kerana dapat bertemu mesra dengan Ibubapa/penjaga Para pelajar tahun 6 2011. Semua guru-guru subjek telah memberi penerangan tentang keperluan subjek masing-masing. Guru-guru berharap tugas untuk membudayakan murid-murid dengan buku-buku pelajaran bukan hanya berlaku disekolah sahaja. Pengawasan yang berterusan sangat-sangat diharapkan agar usaha untuk mencapai kecemerlangan UPSR 2011 berjaya direalisasikan dengan gandingan mantap antara sekolah dan ibubapa/penjaga .
Sekolah telah pun merancang pelbagai program untuk melahirkan pelajar cemerlang sepanjang tahun. Setiap tahun pelbagai program Kecemerlangan telah dirancang.Sikap belajar adalah antara punca para pelajar tidak mampu untuk berada sebaris dengan pelajar cemerlang seluruh negara. Oleh itu, dengan adanya program seperti ini ibubapa diharapkan dapat menitikberatkan dengan sentiasa memantau " Budaya Belajar" dirumah agar anak-anak mereka sentiasa fokus kepada pelajaran . Sikap belajar sambil lewa akan melambatkan proses untuk memahami serta mengingati segala maklumat yang dibaca.
Disamping itu masalah kehadiran segelintir pelajar tahun 6 juga perlu diambil perhatian agar setiap langkah perkembangan dalam pengajaran & Pembelajaran sentiasa diikuti secara berterusan. Ini akan membantu mereka untuk sentiasa mengikuti dan memahami setiap tajuk-tajuk yang diajar. Kegagalan untuk mengikuti setiap tajuk yang telah diajar akan memberi kesan terhadap pemahaman mereka dalam tajuk seterusnya.
Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Suai Mesra antara Ibubapa/penjaga Murid-murid Tahun 6 bersama guru-guru yang terlibat dengan UPSR 2011.
Sekian Terima kasih
Penyelaras UPSR 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
Mesyuarat Agung PIBG 2020
M esyuarat Agung PIBG kali ke -38, Sk Seri Gambut telah diadakan dengan jayanya pada 29 Februari 2020. Mesyuarat pada asaln...
-
Sukan tahunan SKSG 2015 telah diadakan pada hari Sabtu 9 Mei 2015. Majlis Perasmian telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Shamsudin Bin Ha...
-
Acara Tarik tali akhir lelaki antara rumah Biru dan Kuning. Acara lelaki dimenangi oleh Rumah Kuning. Manakala acara tarik tali kategori per...
-
Minggu Panitia Pendidikan Islam SK Seri Gambut adalah aktiviti tahunan sekolah. Minggu Panitia Pendidikan Islam 2012 telah dilancarkan pada...