SKSG INFORMATION BOARD : Selamat bercuti kepada semua pelajar .Jaga SOP dan jaga kesihatan.Jumpa lagi dalam PDPR pada 20 Sept 2021..

Monday, September 12

Majlis Restu Ilmu Calon UPSR 2011

Majlis Restu Ilmu diadakan secara ringkas untuk Calon-calon UPSR 2011. Majlis Penyerahan Ilmu ini diadakan sebagai Majlis Sentuhan Nurani terakhir bagi mendoakan kejayaan Calon-calon UPSR 2011.Semua guru terlibat dalam menjayakan majlis ringkas ini.

Matlamat :
1. Majlis ini diadakan untuk memberi sentuhan jiwa terakhir kepada semua calon UPSR.
2. Semua guru yang terlibat mengajar calon UPSR dari tahun 1 - 6 menghalalkan semua ilmu yang diajar untuk kebaikan kehidupan duniawi & Ukhrawi.
3. Semua guru mendoakan agar calon UPSR 2011 dapat menjawab dengan tenang dan menggunakan semua ilmu yg dicurahkan.
Barisan Pendidik SKSG mendoakan Kejayaan Calon UPSR 2011

Murid-murid tahun 6 bermaafan dengan semua guru

Maafkan kami..cikgu

Terima Kasih cikgu..jasa Mu tak terbalas

Guru-guru lelaki sedang berbaris menunggu murid-murid

Saya akan buat sehabis baik cikgu...

Monday, August 15

Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin Pelajar UPSR 2011

Majlis Solat Hajat telah diadakan pada 28/7/2011. Peserta terdiri daripada semua ibubapa/penjaga & calon-calon UPSR 2011.Majlis dianjurkan oleh PIBG Sk Seri Gambut
Para pelajar serta Ibubapa sedang kusyuk berdoa'

Ustaz Mohd Razali, Cikgu Kahfi dan En Marwan















Wednesday, May 4

Lawatan Sambil Belajar 2011

Unit Kokurikulum Sk Seri Gambut telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ulu Bendul . Negeri Sembilan.

Butiran lawatan adalah seperti berikut:
Tarikh Lawatan : 30 April 2011
Peserta : Pelajar Tahun 4,5 & 6
Guru Pengiring: Ustaz Nasrulkhakim Md Abas
                        En. Khairul Anuar B. Zakaria
                        Puan Surmaliah Bt Pakih
                        Puan Nassuhada bt Syukor
                        Puan Rosmahwati Abd Aziz


Matlamat Program:
1. Memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai aktiviti luar.
2. Melatih semangat setiakawan, berdisiplin , bekerjasama antara semua peserta semasa berada diluar sekolah.
3. Menguatkan fizikal peserta dalam aktiviti mendaki gunung serta melatih ketahanan mental dalam aktiviti yang sangat mencabar.
4. Mengenali dengan lebih dekat keindahan flora & fauna .

Peserta baru sahaja sampai ke Ulu Bendul

Penerangan dari pegawai Pertahanan Awam



Persediaan peralatan serta fizikal



Peserta sedang bergerak ke kaki gunung

Peserta perempuan nampak bersemangat untuk mula mendaki



Pendakian bermula.Semua peserta bersemangat


Puan Surmaliah memberikan tips mendaki agar cepat sampai ke puncak.

Peserta berehat sebentar

Guru pengiring sedang menarik nafas setelah kepenatan mendaki



Barisan jurulatih profesional serta guru pengiring



Pelajar seronok menyejukkan diri setelah penat mendaki

kejar la aku....syok nye if dapat mandi kat sini hari-hari

Wednesday, April 27

Program Buku Bergerak 2011

Program Buku Bergerak 2011 dilancarkan pada hari Isnin 24 April 2011 oleh Puan Guru Besar, Puan Hajjah Zaibi Bt Abu dibawah program Pusat Sumber Sekolah (PSS). Setiap kelas dibekalkan dengan satu bakul buku. Pelajar-pelajar setiap kelas boleh membaca buku-buku yang dibekalkan  pada masa luang sementara menunggu guru masuk ataupun pada masa free selain dari masa P&P ataupun pada masa rehat. Buku-buku akan ditukar dalam tempoh masa tertentu antara  kelas-kelas.

Matlamat Program

1. Memupuk budaya membaca sepanjang masa tanpa mengira waktu.
2. Melatih para pelajar supaya sentiasa berdisiplin semasa ketiadaan guru.
3. Menambahkan perbendaharaan kata murid-murid, ini dapat  membantu mereka untuk menulis ayat-ayat ataupun karangan dengan lebih bagus.
4. Sebagai salah satu cara untuk melatih murid-murid yang lemah membaca agar lebih berminat dengan bahan-bahan bacaan.

Ketua Kelas Tahun 4 sedang menerima Bakul Projek Buku Bergerak

Ketua Kelas Tahun 5 menerima bakul Program Buku Bergerak

Ketua Kelas Tahun 6 menerima bakul Program Buku Bergerak

Wakil-wakil murid Tahun 1,2 & 3 dengan bakul buku masing-masing

Tuesday, April 19

Sekitar Mesyuarat Agung PIBG kali ke-29 2011

NYDP En. Rahim menulis kedatangan

Barisan ibu-ibu komited menunaikan tanggungjawab


Tulis kak..jgn tak tulis.....


Bakal SU PIBG baru Cikgu Ali sedang posing


GPK 1 Ust Razali sedang melayan ibubapa








Ustaz Shaaban sedang bersedia untuk membaca doa

Barisan AJK PIBG 2010 sedang kusyuk bermesyuarat

Mesyuarat Agung PIBG 2020

M esyuarat Agung PIBG kali ke -38, Sk Seri Gambut telah diadakan dengan jayanya pada 29 Februari 2020. Mesyuarat pada asaln...