Thursday, March 24

Program "Ibubapa Cemerlang, Anak Terbilang"



P
rogram “Ibubapa Cemerlang, Anak Terbilang” telah diadakan pada 24 Mac 2016. Program ini  dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling  untuk meningkatkan motivasi ibubapa dan semua murid SKSG untuk meningkatkan kemahiran keibubapaan seterusnya dapat meningkatkan motivasi semua pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh bagi meningkatkan prestasi dalam semua bidang  baik akademik, kokurikulum dan sakhsiah dalam membentuk jati diri seorang pelajar cemerlang.

ATUR CARA PROGRAM:

8.00 pagi : pendaftaran ibubapa/penjaga
8.30 pagi : Ceramah Motivasi Ibubapa.
                   Oleh : Tuan Haji Suparman b. Sadikan
                             (Guru SRA Ehya Al-Falah, Sg. Besar)
10.00 pagi : Rehat & jamuan
10.30 pagi : Slot Motivasi Pelajar.
                     Oleh : Cikgu Abd. Muiez Bin Mohammad Ruslee
                      (Kaunselor SMK Seri Desa)
12.30 tgh : Bersurai

AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA:

Pengerusi                 : Tuan Haji Ngatini Bin Salimin
Timbalan pengerusi : Puan Azizah Bt Ajis
Naib pengerusi 1     : Puan Ragayah bt  Dris
Naib Pengerusi 2     : Puan Zahiah Nt Misran
Setiausaha                 : Puan Rudzi Bt Atan
Bendahari                  : Puan Surmaliah Bt Pakih
Persiapan dewan       : Sallehuddin bin Hussin
                                     Mohd Nuzaihan bin Mizhar
                                     En. Nasrulkhakim B. Md abas
                                     Puan Saniah Bt Aripin
                                     Puan Siti Rozita Bt Misngat
Jamuan :                      Puan Nurul Syahidatul Aini bt Abu Bakar
                                    Puan Nassuhada Bt Shukor
PA Sistem                : Tuan Haji Mohd Shaaban bin Sujak
Pengacara majlis     : Mohd Ali Bin Zaman
                                               
                                               
Ceramah Ibubapa disampaikan oleh Tuan Haji Suparman b. Sadikan
Slot bersama pelajar dikendalikan oleh Kaunselor SMK Seri Desa Cikgu Abd. Muiez Bin Mohammad Ruslee

Pelajar sedang bersedia untuk melakukan aktiviti bersama kaunselor
Kaunselor sedang memberi taklimat
Pelajar sedang bersedia
Pelajar seronok melakukan aktiviti bersama
Pelajar sedang melakukan aktiviti
Sape dah siap" angkat tangan"
Kaunselor sedang menyampaikan ceramah beliau

Pelancaran Minggu panitia Sains



             Minggu panitia Sains SKSG telah dilancarkan dengan rasminya pada 21 Mac 2016. Minggu Panitia Sains SKSG bermula pada 21 - 25 Mac 2016.Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang untuk semua murid tahun 1-6. Pelbagai hadiah menarik sedang menanti semua peserta yang menang dalam pelbagai aktiviti yang telah dirancang.
Tuan Guru Besar melancarkan minggu panitia Sains dengan menarik ribon "Bunting Minggu Sains 2016"

Persediaan membuat demo "Aiskrim Goyang" oleh Cikgu Saniah

Puan Rudzi bersama guru-guru sedang bersedia untuk membuat demo

Tuan Guru Besar sedang membuat demo aiskrim goyang

PK Kokurikulum , Puan Zahiah turut sama mengoyang aiskrim.
Murid-murid sedang menunggu hasil ekperimen "Aiskrim Goyang"

Wednesday, March 9

Solat Sunat Gerhana matahari SKSG

        Gerhana matahari merupakan fenomena alam yang merupakan sunnatullah sebagai tanda-tanda kebesaran dan keagungan Pencipta. Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan berada diantara matahari dan bumi yang menghalang sinaran matahari memancar ke bumi.
            Dalam sebuah hadis Rasulullah ada disebut tentang fenomena alam ini. "Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kebesaran Allah,dimana Allah menakuti hamba-Nya. Tidak terjadi gerhana kerana kematian seseorang manusia, akan tetapi keduanya merupakan tanda kebesaran Allah apabila kamu menyaksikannya, maka laksanakan solat dan berdoalah kepada Allah sehingga dikembalikan kembali oleh Allah' (Riwayat Bukhari dan Muslim)

       Oleh itu pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Agama Islam telah mengadakan "Solat Gerhana Matahari" sebagai tanda membesarkan Keagungan dan Kebesaran Allah ketika fenomena gerhana matahari sedang berlaku. Semua murid dari tahun 3 hingga tahun 6 terlibat bersama guru-guru mendirikan solat sunat gerhana matahari.Solat diimamkan oleh Ustaz Tuan Haji Mohd Shaaban bin Sujak

Diantara hikmah dan pengajaran disebalik fenomena Gerhana Matahari adalah :

  • Gerhana matahari merupakan tanda keagungan & kekuasaan  Allah yang menciptakan alam semesta, tidak ada satu pun yang boleh menghalang ketika Allah hendak mengubah aturan alam diluar kebiasaan. Ini menunjukkan betapa lemahnya manusia dan betapa Agungnya kuasa Allah SWT.
  • Allah bebas mengatur susun atur alam semesta mengikut kehendakNya. Allah mengingatkan supaya manusia sedar bahawa tiada kuasa lain yang Maha Berkuasa mengubah segala sesuatu.
  • Fenomena gerhana bulan dan matahari tiada hubung kait dengan kematian atau lahirnya seseorang kerana ianya merupakan kehendak Allah SWT   


                                             Candid sekitar solat sunat gerhana matahari  



Pelajar membantu guru-guru menyiapkan dataran solat

Taklimat kaifiat solat sunat gerhana disampaikan oleh Ustaz Nasrulkhakim Md. Abas

Para pelajar sedang mendengar taklimat

Para pelajar sedang khusyuk mendengar taklimat

Dari kiri: Cikgu Saniah, Cikgu Nassuhada & Cikgu Surmaliah

Penerangan secara jelas dan detail disampaikan oleh alfadhil Ustaz Nasrulkakim


Saff...luruskan saff

Imam sedang bersedia

Sedang mendengar khutbah


Semua pelajar sedang mendengar khutbah

Barisan guru-guru perempuan yang turut sama mendirikan solat


Antara perserta pelajar perempuan

Suasana setelah selesai mendirikan solat



Pelajar sedang mendengar khutbah

Khutbah solat disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Shaaban bin Sujak

Peserta sedang khusyuk mendengar khutbah

Tuan Guru Besar, Tuan Haji Ngatini Bin Salimin turut sama mendirikan solat sunat gerhana

Antara barisan guru lelaki diketuai oleh guru paling macho, Cikgu Nuzaihan

Peace semua...
Cikgu Surmaliah bersama pelajar sedang memerhati perubahan bentuk matahari

Para pelajar mengambil peluang memerhati perubahan bentuk matahari


Perkemahan Unit Uniform 2018

Unit Ko-kurikulum  telah mengadakan Perkemahan Unit beruniform pada 17 & 18 Mac 2018. Perkhemahan telah diadakan di Impiana Resort...